( Aku tinggalkan kamu 2 perkara, apabila kamu berpegang kepada kedua-duanya pasti kamu tak akan sesat selama-lamanya, Al-Quran dan Sunnah Rasulullah : Bukhari wa Muslim)
Ibarat Buih
Sabda Nabi Muhammad SAW : "Akan datang suatu masa di manaumat-umat lain mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi makanan." Apabila ditanya : "Wahai Rasulullah, apakah ketika itu umat Islam sedikit?" Baginda menjawab : "Tidak, bahkankalian bagaikan buih di lautankerana dalam ahtimu ada wahan. Rasa takut musuh kepada kamu sudah dicabut kerana kamu mencintai dunia dan takut mati." riwayat Bukhari dan Abu Daud
Pakaian Perempuan Ketika Sembahyang
Pakaian Perempuan Ketika Sembahyang
Menurut Imam asy-Syirazi Rahimahullah dalam kitab al-Muhazzab, adalah disunatkan bagi perempuan yang merdeka dan khuntsa bersembahyang dengan memakai pakaian yang terdiri daripada baju yang labuh, panjang dan menutupi seluruh badan hingga kedua kaki, memakai penutup kepala dan leher dari kain yang tebal dan menggunakan telekung (satu kain tebal yang lain yang menyelimuti pakaian tadi).
Disunatkan juga telekung atau pakaian yang di sebelah luar sekali itu tebal, agar tidak membayangkan anggotanya. Juga telekung atau pakaian yang di sebelah luar tadi dijauhkan atau direnggangkan dari badan seseorang perempuan itu apabila dia rukuk atau sujud, supaya tidak membayangkan pakaiannya yang di sebelah dalam.
Khatib asy-Syarbini dalam kitab Mughni al-Muhtaj mensyaratkan pakaian (satir) yang digunakan untuk menutup aurat samada dalam sembahyang atau luar sembahyang ialah tebal yang boleh menutup anggota aurat. Bahkan ia hendaklah melindungi atau menutup warna kulit daripada dilihat dengan pandangan biasa. Dengan perkataan lain tidak menampakkan atau membayangkan bentuk badan.
Kebanyakkan ulama Syafie mensyaratkan hendaklah pakaian itu menutup dan menyelubungi seluruh anggota aurat.
Berdasarkan syarat-syarat yang dijelaskan, maka berikut adalah beberapa contoh-contoh pakaian yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas:
1. Baju atau pakaian yang berlubang-lubang
Aurat yang boleh dilihat melalui pakaian yang berlubang-lubang, contohnya pakaian yang ditenun dengan jarang, walaupun tebal, masih tidak memenuhi syarat satir, iaitu menyelubungi dan menutup keseluruhan aurat.
2. Pakaian yang jarang atau nipis
Adapun maksud dari pakaian yang nipis atau jarang itu ialah pakaian yang boleh menampakkan warna kulit apabila memakainya. Untuk jelasnya adalah tidak tercapai maksud as-satir dengan memakai pakaian berikut dalam sembahyang:
a)Sekiranya di dalam sembahyang dia memakai pakaian yang nipis atau jarang untuk menutup keseluruhan auratnya tanpa dilapis dengan pakaian lain seperti telekung dan seumpamanya, maka pakaian seperti ini tidak memenuhi syarat satir kerana tidak tercapai maksud dan pengertian tebal dan tidak pula menyembunyikan warna kulit. Ini disandarkan kepada hadis Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam:
Maksudnya: “Dari Aisyah Radiallahu anha sesungguhnya Asma' binti Abi Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam dan dia memakai pakaian yang nipis. Lalu Nabi Shallallahu alaihi wasallam berpaling daripadanya.
Baginda bersabda: “Wahai Asma' sesungguhnya orang perempuan apabila meningkat umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan ini... Lalu Baginda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam pun menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda. (Hadis riwayat Abu Daud)
Hadis di atas dengan jelas melarang memakai pakaian yang jarang atau nipis di luar sembahyang, demikian jua dalam sembahyang.
As-Sayyid al-Bakri kemudian menyebutkan, sesuatu kain atau pakaian meskipun berwarna atau yang dicelup jika ianya jarang dan nipis juga tidak memenuhi syarat as-satir.
b) Begitu juga sekiranya dalam sembahyang dia memakai pakaian yang jarang atau nipis untuk menutup keseluruhan auratnya kemudian dia menutup atau melapis lagi pakaian tadi dengan telekung atau yang seumpamanya dan warna kulit masih kelihatan, maka samalah juga hukumnya seperti (a) di atas.
Selain daripada jenis-jenis pakaian yang telah disebutkan di atas, harus bagi golongan wanita bersembahyang dengan memakai pakaian sutera atau menjadikannya alas (lapik sembahyang) ketika sembahyang. Manakala memakai pakaian yang mempunyai gambar atau menjadikannya alas (sembahyang di atasnya) atau menghadap ke arahnya, hukumnya makruh.
Ternampak Aurat Sendiri Semasa Sembahyang
Ketika hendak mengerjakan sembahyang pakaian hendaklah diberi perhatian, iaitu menutup seluruh anggota aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh syarak'. Ini kerana apabila dia melihat aurat sendiri atau dilihat oleh orang lain semasa sedang sembahyang kerana kecuaian menutupnya, maka hukum sembahyangnya tidak sah.
Sebagai contoh jika seseorang perempuan yang bersembahyang, sekalipun dengan memakai telekung, sedangkan di bahagian leher terbuka luas atau besar sehingga dia boleh nampak auratnya sendiri atau dilihat oleh orang lain ketika dia rukuk atau sujud, maka batal sembahyangnya. Oleh itu hendaklah dirapikan, dikancing atau diikat terlebih dahulu dengan sempurna bahagian leher yang terbuka tadi, kemudian barulah mengerjakan sembahyang.
Sekiranya dia mendapati pada pakaian yang digunakannya untuk bersembahyang berlubang atau koyak yang menampakkan auratnya, maka wajib dia mengulangi sembahyangnya tadi. Samada dia mengetahui tentang koyak tersebut kemudian dia terlupa mengenainya, ataupun dia langsung tidak mengetahuinya. Akan tetapi jika dia menyangka bahawa koyak itu terjadi selepas memberi salam, maka tidak perlu dia mengulangi sembahyang tadi tanpa khilaf.
Terbuka Aurat Dengan Tiba-Tiba
Berbeza hukumnya dengan aurat yang terbuka secara tiba-tiba dan tidak senghaja, maka sembahyang tetap sah dengan syarat hendaklah ditutup dengan segera. Yang dimaksudkan dengan tidak sengaja, seperti ditiup angin atau terbuka oleh haiwan atau kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana dia tidak mempunyai niat atau maksud di sebalik perbuatannya itu. Sebaliknya jika aurat itu terbuka oleh kanak-kanak yang sudah mumayyiz, maka batal sembahyangnya.
Sembahyang Di Dalam Gelap
Terdapat andaian apakah kegelapan atau ketiadaan cahaya boleh diistilahkan sebagai satir kerana ia menutupi dan melindungi warna kulit dan aurat dari pandangan mata? Menurut Ibnu Hajar al-Haitami, kegelapan tidak boleh diertikan sebagai satir. Oleh yang demikian, adalah tidak sah sembahyang seseorang yang tidak menutup aurat sekalipun dalam gelap.
Kesimpulan
Adalah menjadi kebiasaan memakai telekung putih ketika sembahyang dan ini menepati ciri-ciri yang digambarkan sebagai pakaian yang sempurna dan digalakkan di dalam Islam. Maka hendaklah dipastikan bahawa telekung yang dipakai janganlah nipis atau jarang sehingga menampakkan warna kulit atau anggota aurat. Di samping menggunakan telekung, hendaklah juga memakai pakaian yang sempurna menutup aurat di bahagian sebelah dalam sebagai langkah berjaga-jaga.
Dari penjelasan di atas, nyatalah bahawa rambut, leher, lengan, dua kaki dan tapak kaki adalah aurat bagi perempuan ketika bersembahyang. Maka wajiblah kesemua anggota ini ditutup dan dijaga semasa sembahyang kerana rambut yang terjuntai, lengan yang tidak berlapik, kaki yang terdedah dengan sengaja boleh membatalkan sembahyang.
Di samping menutup aurat, menjaga kebersihan pakaian yang dipakai dan tempat bersembahyang daripada najis merupakan di antara syarat sah sembahyang. Maka hendaklah kita mengambil perhatian yang sewajarnya dan meneliti dengan sempurna perkara-perkara yang bersangkutan dengan syarat sah sembahyang agar ibadat yang dilaksanakan akan diterima dan mendapat ganjaran sebagaimana yang dijanjikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala hendaknya.
DI SUNTING DARI: LAMAN MUFTI BRUNEI
Aduhai 4 Orang Isteriku!
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat isteri. Dia
mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak.
Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya.. Maka,
tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya
itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan
isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini
kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini
akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia
adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun
apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya
yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi
suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama.. Dia adalah pasangan yang sangat
setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang
merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang
tidak begitu mencintainya.. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang
kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya
hidup tinggal tidak lama lagi.. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan
berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila
aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup
sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri
keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan
yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan
menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab
isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan
itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan
menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun
mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut
denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab,
"Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati".
Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu
setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu
sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? "
Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu
kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan
kubuatkan makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut
ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia
bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri
pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya
seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman,
"Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan
kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita
keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang.
Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan
yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal,
semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita
yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan
kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai
kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun,
sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan
mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita
diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan
sampai kita menyesal kemudian hari!
PERINGATAN BUAT DIRI
UNTUKMU YANG BERGELAR MUSLIMAH
SEMOGA HIJAB MENJADI PAKAIANMU
SEMOGA KESUCIAN MENJADI AMALANMU
SEMOHA KESOPANAN MENJADI PERHIASANMU
SEMOGA SYURGA MENJADI TEMPATMU
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat)hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar.
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya".
Apabila seseorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badannya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.
Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.
Firman Allah S.W.T :
"Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24.
"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)" .Surah Yassin : ayat 65.
1)Menjaga Mata
Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.
2)Menjaga Telinga
Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."
3)Menjaga lidah
Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.
Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya sesaorang itu terkadang bercakapdengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataan nya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.
Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkirjanji, mengumpat, bertengkar/berdebat/membantah perkataan orang lain,memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau/memperolok atau mengejek orang lain.
4)Menjaga perut
Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAUberlebihan dalam memakan yang halal.
5)Menjaga Kemaluan
Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T.:
"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka,kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki(daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat
5-6.
6)Menjaga Dua Tangan
Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.
7)Menjaga Dua Kaki
Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.
Firman Allah S.W.T. :
"Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuk oleh api neraka." Surah Hud : ayat 113.
Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur)terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.
Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). - Riwayat At Tirmizi.

kenanglah budi yang ditabur
Anak kedidi belajar berenang,
Anak serati ketawa tak henti.
Sekalipun budi tidak dikenang,
Jangan berhenti menabur bakti.
-Menyorot gempa di Padang, ganyang Malaysia, dan [apakah sebenarnya ia] tarian pendit [yang ribut-ribut itu?].
berita ahri ni bagitau pihak media indonesia mengeluarkan kenyataan palsu dengan mengatakan bahwa Malaysia menghantar makanan yang telah lupt tarikh..
Hakikatnya Malaysia tidak begitu bahkan kita menghantar makanan yang boleh dimakan dan masih tidak luput tarikh...
Mafhum ayat " Jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa berita, maka selidikilah"..tapi bagaimana media(yang dipercayai) membawa berita yang fasik??? jelas rakyat Indon perlu disedarkan agar tidak mempercayai bulat-bulat berita dari media mereka...
pesan pak ngah : hidup biar berbudi
"Jadilah seperti pohon kurma, dilempar orang dengan batu tapi di balas dengan buah"

Raya 2
Al-kisah..hari khamis malam..lebih kurang jam 10 lebih..shahrul, syukri n iqbal datang beraya kat umah, selepas malan lebih kurang, kami pun berangkat menuju ke kedah seperti yang telah dirangcang,kereta dipandu oleh iqbal, kemudian cuki amik laih, bila dia ngantuk, sharul lak jadi driver..aku?macam biasa..penumpang setia..
kami sampai di kedah lebih kurang jam 4.30 pagi..lalu cari masjid untuk menumpang rehat..tiba2 nampak masjid bukhari, kami cuba nak singgah tapi pintu tutup. kelibat pak guard menghampiri kete kami, cuki buka tingkap n cakap"kami nak tumpang u-turn"..perjalanan diteruskan dan jumpa sebuah masjid, kami park dalam kawasan masjid n tido dalam kete..selepas subuh, kami cari masjid al-bukhari untuk tumpang membersihkan diri...
pastu tepon paie, umah pertama kami beraya pada pagi jumaat itu ialah umah paie..pastu ajak paie(penunjuk jalan) tuk beraya bersama. then kami g umah teh(junior comrade), kat situ sempat berjumpa farhah n khalis..kemudian kami beraya sakn sepanjang hari tu, sebelah petangnya, kami beraya ke perlis, antara umah yang sempat kami g hari tu ialah umah zulkifli, pudin@sharifuddin n kak raihanah(senior comrade)..sempat la beraya 9 umah hari tu..las beraya kat umah fahkrul, kami sampai umah dia dalam kul 11malam..borak sikit2 n tido sb letih..
esoknya@sabtu...
pas subuh, kami stat beraya di umah sahabat2 sekitar kedah, umah jun, umah daus, umah asma dan ramai lagi..sebelah petangnya kami mula bertolak ke penang kerana hendak beraya kat sana pulak..dari umah asma kami menuju ke umah tunang munzir, kemudian g umah syifa..las but not least umah yusra, kami sampai umah yusra dalam kul 11 malam, walaupun agak lewat tapi kami masih disambut dengan gembira oleh keluarga mereka, pelabagai cerita dikongsi bersama..antaranya yang tidak disangka-sangka ialah mak ayah yusra rupanya pernah berjiran dengan abahku ketika mereka belajar di Mesir dulu..hu3..kiranya mak ayah dia kawan abah aku dulu n aku kawan ngan yusra lak ni(dalam comrade)..begitulah dunia...pastu kami jumpa lagi sorang kawan, makan2 kat gerai char kuew tiaw...lbih kurang kul 1 lebih(pagi) barula kami bertolak ke KL..samapi KL lebih kurang kul 4 pagi, kami tumpang tido umah shukri..
lepas subuh sambung tido jap n then shukri, sharul n iqbal beraya sekali lagi di umah aku ngan makan nasi tengahari..
p/s : ukhwah fillah lestari selamanya...destinasi raya taun depan katanya nak ke terengganu n pahang lak...

Raya 1
Allahuakbar3x walillahilham..
Usai solat raya di masjid At-Taqwa Selayang baru, aku dan keluarga bertolah ke kampung, umah pertama kami tuju ialah umah mak sedara aku kat mentakab, pastu..g jalan2 kat umah sedara sekitar temerloh, umah pak ngah, pak teh, pak anjang, umah wek(nenek sedara), umah pak lang(sebelah umah wek) dan bermalam di umah ayang ngah di jerantut, kmi tido di situ..
esoknya..
kami mula bergerak ke kuala lipis, berjumpa ngan sedara2 di sana pulak..aku berkesempatan berjumpa dengan pijan(2pupu @ satu uia @ comradean)...
petangnya, kami singgah di raub, umah mak itam(kakak pada abah)..selepas solat asar tiba2 mak cakap nak g umah su, aku pun tipon su n kami sekeluarga pergi la beraya ke umah suhana, makan lemang panas..
then balik ke umah..

Subscribe to:
Posts (Atom)