Jangan Riya' apabila berilmu

Menuntut ilmu ada suatu kewajipan bagi muslim, bermula dari lahirnya ke dunia sehinggalah rohnya ditarik keluar dari jasad..Dalam kehidupan ini ada pelbagai macam jenis orang, ada yang pandai, ada yang kurang pandai, ada yang buat-buat pandai..

Beberapa hari lepas, seorang rakan aku menceritakan perihal seorang kawannya yang diberi kelebihan otak tapi tak bersyukur..maksud kelebihan otak kat sini ialah dia mampu menghafal sesuatu perkara dalam masa yang singkat..antara yang dia hafal ialah Al-Quran 30 juzuk, lebih seribu hadis, menguasai 4-5 jenis bahasa termasuk "klaka sarawak"..namun disebalik kelebihan itu terdapat satu kelemahan yang aku kira merbahaya buat semua pencinta ilmu..dia tidak boleh menerima pendapat orang lain kerana merasakan dirinya hebat, apabila berbincang tentang feqah, dia mengatakan dia orang fiqh, orang lain mesti mendengar dan menerima pendapat dia, apabila kita menyampaikan hadis padanya, dia kata dia lagi banyak hafal hadis berbanding dengan kita yang 'qillatul makrifah' ini..

Seseorang yang berilmu tidak semestinya dia memiliki akhlak yang mulia..ramai yang berilmu tapi akhlaknya kurang..alangkah cantiknya jika ilmunya tinggi dan akhlaknya mulia..

teringat kisah Imam Hasan Al-Basri yang membantu seorang pencuri yang mencuri barang dirumahnya sendiri..suatu hari, seorang pencuri datang ke sebuah rumah untuk mencuri, tiba-tiba masuk seorang hamba Allah yang datang menolong pencuri tersebut, pencuri kedua itu mengatakan kepada pencuri pertama bahawa didalam almari itu mempunyai lagi banyak pakaian, maka seronoklah pencuri pertama kerana malam itu dia berjaya mendapat barang curian yang banyak berbanding hari biasa, maka pencuri tersebut membawa barang - barang curian itu ke rumahnya dibantu oleh pencuri kedua yang sudah berusia itu, apabila sampai dirumah pencuri pertama tadi, dia terkejut kerana pencuri kedua tidak meminta sedikit pun harta curian bahkan pencuri kedua memberitahu bahawa dia telah berusia dan tidak memerlukan harta curian tersebut..

maka hari esoknya, kecohlah penduduk Kota Baghdad menceritakan perihal rumah Imam Hasan Al-Basri dimasuki pencuri, pencuri pertama tadi rasa bersalah kerana telah mencuri barang-barang dari seorang ulama terkenal, atas perasaan bersalah, dia ingin memulangkan kembali barang-barang tersebut.. apabila sampai sahaja dirumah tuan empunya barang, pencuri pertama sangat terkejut kerana orang yang membuka pintu rumah tersebut adalah pencuri kedua yang membantunya malam tersebut..rupa-rupanya pencuri kedua itu adalah tuan rumah dan namanya Imam Hasan Al-Basri.

Kemudaian Imam Hasan Al-Basri berkata yang bermaksud" Jika Allah SWT telah menetapkan rezeki untuk kita, maka sesungguhnya seorang pencuri pun tidak mampu untuk menarik rezeki tersebut daripada kita"

maka insaflah dan bertaubatlah pencuri tersebut atas perbuatannya yang lalu..

kesimpulan yang aku nak buat kat sini : Imam Hasan Al-Basri memiliki ilmu yang tinggi, seorang ulama terkenal tapi beliau tidak riya' dengan ilmunya bahkan akhlaknya juga mulia kerana berupaya membimbing ramai orang termasuk seorang pencuri..Usah dibangga dengan ilmu yang dimiliki kera ingatlah kita bahawa ilmu Allah itu sangat sangat luas, bahkan kalau semua lautan dijadikan dakwat dan digandakan tujuh, maka itu tidak cukup untuk menulis semua ilmu-ilmu Allah SWT...

Jadilah pencinta ilmu yang sentiasa menuntut ilmu..

No comments:

Post a Comment