Kelas Mengaji

perjalanan hidup penuh dengan suka dan duka..mengajar di PKS memberi satu ruang untuk aku 'hidup' kembali..selagi kaki mampu melangkah, selagi lidah mampu berkata-kata selagi itulah aku akan terus membantu insan-insan di sini..

5 hari lepas, seorang anak muridku meminta untuk diajarkan mengaji Al-Quran kepadanya. terharu aku melihat kesudiannya unutk belajar mengaji walaupun umur dah meningkat 20thn.. katanya dia seorang muallaf, jadi solat tak pernah cukup..bukan tak mahu tapi kesedaran diri yang masih kurang..namun kesanggupannya itu membuatkan aku terus 'hidup' dan terus hidup untuk berjuang di medan dakwah ilmu ini..mudah2an segala urusan diberkati-Nya

setelh berbincang dengan beberapa orang ustaz disni..ternyata bukan seorang yang mahu belajar mengaji tapi lebih dari 60 orng..ramaii..dengan keupayaan yang dipinjamkan Allah SWT kepada ku, insyAllah aku akn membantu mereka sekadar yang termampu..insyAllah kelas mengaji pertama akan bermula ari jumaat ini selepas solat jumaat..

kepada muslimat yang mahu belajar mengaji, bukan aku tak mahu mengajar mereka tapi fitnah itu lebih aku takutkan..teringat satu Hadis yang mafhumnya "tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih besar kepada umatku melainkn wanita" wallahua'lam..tiba2 teringat masa tahun 4 dulu pernah kena fitnah dari sorang muslimat lantaran aku menolak hajatnya untuk menjadi teman istimewanya..huhuhu..pengalaman yg x mungkin aku lupakan..moga hari2mendatang dijauhkan fitnah. Amin

No comments:

Post a Comment