Bola dan ukhwah



Salam,

Hari Ahad malam aku berkesempatan menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia, Alhamdulillah Malaysia menang 3-0..sehari selepas itu, perang siber berlaku antara penyokong Malaysia dan Indonesia, penyokong Indonesia mengatakan Malaysia menang kerana bantuan laser yang dipancarkan dari kerusi penonton,media Indonesi juga mengatakan penjaga golnya gatal-gatal semasa latihan(kena 'manderem' katanya)
Penyokong Malaysia pula kata laser itu dipancarkan dari kerusi penyokong Indonesia sebagaimana yang pernah dilakukan oleh penyokong Indonesia di pusingan awal dulu(Malaysia tewas 1-5), Media malaysia juga kata kita tak perlu guna bantuan 'manderem' untuk mendapatkan johan, johan kerana memang johan..
perang siber terus berlaku baik di twitter, facebook dan laman2 yang lain..

Persoalannya, bukankah kedua-dua negara ini majoriti penduduknya beragama Islam, yang mana sepatutnya terkenal ukhwah yang hebat lagi mantap..UKHWAH ISLAMIYYAH yang dijana oleh nabi SAW dan para sahabat suatu ketika dahulu nampaknya tidak dapat diterapkan dalam jiwa muslim hari ni..Siapakah dalang disebalik perang siber ini??

"Sesungguhnya orang muslim itu bersaudara, maka damaikanlah diantara saudaramu"Al-Hujurat : 11

Jelas dan nyata ayat tersebut adalah perintah Allah SWT yang menyuruh kita berdamai atas nama agama ISLAM, maka kenapakah kita harus bertelagah @ berperang siber disebabkan hal kecil, BOLA??? wahai umat Islam, sedarlah kalian dari mimpi, sesungguhnya musuh-musuh Islam hari ini bertepuk tangan kerana perang siber berlaku dikalangan umat Islam, bahkan mereka hanya menunggu hari, andai terjadi peperangan antara 2 negara ini, siapa yang rugi?pastilah kita sendiri yang rugi, siapa yang untung?pastilah musuh-musuh Islam yang untung kerana mereka akan mengambil kesempatan diatas kelemahan kita ini..

apa yang sepatutnya kita lakukan??Mantapkan ukhwah Islamiyyah dikalangan kita sendiri,muhasabah diri dan bertindak rasional selaras dengan kehendak Al-Quran dan Sunnah, janganlah kita berbalah kerana bola, bukankah sukan itu memupuk semangat berkawan, bekerjasama dan pelbagai nilai positif yang lain, jadi jangan kita merosakkan nilai positif tersebut dengan berbalah sesama kita..

ingat!!!UKHWAH ISLAMIYYAH adalah kewajipan yang mesti kita jaga dan pertahankan..

Wassalam

Ajaran sesat

Kali ni aku nak berkongsi sedkit tentang jaran sesat

Ajaran sesat yang aku maksudkan kali ini benar-benar berlaku di Malaysia dan tidak terkecuali ditempat aku bekerja, baru-baru adalah seorang hamba-Nya mengirimkan email kepada staf-staf muslim ditempat aku bekerja, dalam email itu disertakan satu artikel yang aku kira terpesong kenyataanya

antara initpati artikel tersebut:
Ya, sekarang pun kau dah tahu Muhammad kedua yang kau cuba bunuh 85 tahun yang lalu itu telah kembali ke bumi atas arahan Muhammad satu. Bersamanya Muhammad ketiga juga yang dia pun aku ghaibkan juga dihari kamu arahkan orang-orang kamu membunuhnya, yakni dihari dia berkata tangkaplah saya, tangkaplah saya, tangkaplah saya, kerana sayalah orangnya yang kamu cari-cari itu. Sayalah Putra Bani Tamim untuk Malaysia dan sayalah Satria Piningit untuk Indonesia.
Marahnya kamu dengan hero ku itu, kau pun kejarlah dia. Maka disaat kau begitu hampir untuk dapatkannya, keluarlah di television kamu semua bahawa Abuya sudah mati.


Astagfirullah...mana mungkin orang yang telah mati akan dihidupkan semula diatas muka bumi ini...golongan ini percaya bahawa abuya @ ketua kumpulan ini tidak mati..walhal dalam Al-Quran jelas dinyatakan "setiap jiwa pasti akan merasai kematian"..maka setiap yang hidup akan merasai mati. dan yang mati tidak akan dibangkitkan semula dia atas muka bumi ini, yang mati hanya akan dibangkitkan apabila tiba hari perhitungan di padang mahsyar kelak..

dahsyat sungguh penangan ajaran sesat ini, rosak akidah dibuatnya..ini baru satu kes ajaran sesat..kat malaysia ni memang ajaran sesat..Al-Qadiani, Hj Kahar, kumpulan Tal Tujuh, golongan anti-hadis, Al-Arqam dan sebagainya...

justeru itu, kita mestilah menguatkan akidah kita dari masa ke semasa, belajarlah ilmu-ilmu Islam dari guru-guru@ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah yang bertauliah..berhati-hatilah ketika belajar agar tidak tersesat, ingatlah sesungguhnya syaitan akan sentiasa berusaha memesongkan akidah kita...

Ya Allah Yang Maha Kuasa , Robbana la tuziq qulubana ba'da izhadaitana (Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami ) Amin..

Hijrah vs Tahun Baru

Penghujung tahun kian hampir tirainya,lebih kurang 10hari je lagi
Malam tahun baru..berpestalah muda-mudi disana-sini
berpacaran dengan pasangan masing-masing
berkumpulan dengan 'geng' masing-masing
bersama pak tan dan pak lis yang tidak serik-serik untuk menghasut manusia ke arah kejahatan

setiap kali malam tahun baru menjelma, pasti hati ini akan risau
risau-risau bala Allah akn turun esok hari, yalah sebab malam tahun baru 'mereka' berpesta sakan..seolah-olah dunia ini mereka yang punya
lupakah mereka bahawa dunia ini Allah yang punya, kita hanya meminjam dari-Nya
ingatlah kita, bala Allah akan turun bilamana hamba-Nya tidak lagi taat pada-Nya

Tuan-tuan dan puan-puan,
adakah Islam menghalang kita untuk berhibur?
TIDAK, sama sekali Islam tidak menghalang kita untuk berhibur
tapi mesti tahu cara-caranya, ada batas-batasnya..


baru 2 minggu lepas (7hb) kita menyambut Maal Hijrah..
Maal Hijrah juga sambutan tahun baru
disambut penuh kesyukuran oleh umat Islam seluruh Malaysia
namun kesyukuran ini tidak diambil iktibar oleh golongan muda-mudi masa kini
mereka lebih seronok berpesta malam 31 disember dari bersyukur pada 7 disember@1 muharam..

Hijrah??berapa ramai dari kita yang benar-benar menghayati makna hijrah???
yang tersurat dan yang tersirat...
secara khususnya, kita dapat memberikan pengertian hijrah kepada 3:
1-Perpindahan Nabi SAW dan sahabat dari kota Mekah ke Kota Madinah..
2- Berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain
3- Berubah dari perkara yang buruk kepada perkara yang baik

Ya, berubah dari perkara yang buruk kepada perkara yang baik, kita tinggalkan sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri kita, kita gantikan dengan sifat-sifat mahmudah..
we lend a hand...to help people...together..

Wang Kertas

Assalamualaikum




Minggu lepas, aku berkursus btn...dalam kursus tersebut, aku berkesempatan berbincang dengan kawan-kawan berkaitan ekonomi negara, antara yang menjadi isu ialah penggunaan wang kertas pada masa kini(maklumat diberikan oleh kawan aku)

Harga barang makin naik????sebenarnya harga barang tidak pernah naik tapi NILAI duit yang kita gunakan hari ini semakin jatuh, nilai wang kertas yang berada di tangan kita hari ini semakin hari semakin susut...

dulu, bekas PM pernah mencadang pada negara2 OIC untuk menggunakan dinar emas sebagai mata wang tetapi masa tu, Arab Saudi tidak bersetuju...kerana apa?kerana di Arab Saudi ada banyak kertas-kertas yang bercetak nombor(wang kertas USD) tersimpan dalam banknyer...Arab Saudi jual minyak kat US dan US bagi wang kertas, sebenarnya wang kertas tu tak bernilai apa-apa sebab ianya hanya helaian2 kertas yang bercetak nombor diatasnya...bayangkan kalau Arab Saudi jual minyak kat US dan Us bayar pakai emas..mesti kaya Arab Saudi...ini disebabkan emas mempunyai nilai yang tinggi dan akan semakin naik nilainya(jarang sekali susut nilainya dan kalau ada pun,sekejap je susut,pastu akan naik balik)

CETAK DUIT
US cetak duit 100USD di atas sehelai kertas, berapa kos kertas tu?xsampai pun 100USD, bahkan jauh lagi rendah,sebab tu kertas yang dicetak tu tak bernilai sebenarnya...oleh sebab US yang kawal ekonomi dunia, maka semua negara terpaksa ikut cakap US supaya guna duit@wang yang dihasilkan dari kertas...

MASA DEPAN???
terfikirkah tuan-tuan, dimasa akan datng mungkin kita tidak akan menggunakan wang kertas lagi, kita mengkin akan berbelanja dengan menggunakan sekeping kad, tidak lagi menggunakan wang kertas, kita pergi ke pasaraya dengan membawa sekeping kad dan dalam kad tu ada maklumat tentang duit simpanan kita, bila sampai di kaunter bayaran,kita menghulurkan kad...

p/s: aku xpandai sangat nak menghuraikan supaya pembaca paham ape yang aku paham,tapi harapnyer begitulah...bersama kita berusaha mengembalikan kegemilangan penggunaan duit dari emas...sebab nilainye tidak mudah susut..

Perantau merantau kembali



Salam..

InsyAllah, jika tidak menjadi halangan, penulis akan merantau ke Sabah, negeri dibawah bayu bermula esok..kembara perantau ini bersama-sama dengan rakan seperjuangan dari Miri iaitu Us Azlan dan Us Hadlisham bermula pagi esok dan akan disambut oleh Us Shah yang mengajar di Sabah..diharapkan perjalanan yang mengambil masa selama 4 hari 3malam ini dapat menambah pengetahuan tentang masyarakat serta mengambil iktibar dari setiap yang berlaku...kata pujangga "jauh berjalan luas pemandangan"..



p/s: penulis cuba mencari gambar 'perantau' yang sesuai tapi tak jumpa, jadi ini jela yang dirasakan paling sesuai..mungkin lepas ni, penulis boleh cari buku ni pulak kot..

Salam Aidiladha



Salam aidiladha,

raya tahun ini, aku tak pulang beraya bersama-sama keluarga kerana abah ada program Qurban di Kemboja(kalau tak salah kat kemboja la), ibu pergi menemani abah berprogram, mereka bertolak pagi ni, insyAllah..sebanyak 173 ekor lembu akan dikorbankan seperti yang dijadualkan..untuk saudara-saudara seagama kita di sana..

teringat beberapa tahun lepas, aku menyambut hari raya aidiladha di kampung orang asli bersama kawan-kawan seangkatan(comradeans), 2 ekor lembu dibawa dari gombak menuju ke sg. siput, perak..antara yang mencabar ialah nak menaikkan 2 ekor lembu tersebut ke atas lori, cabaran lain ketika ingin menaiki bukit dr kg kenang ke kg husin..berpeluh jugakla masa tu,masa pun dh petang..esok dah nak raya..semua bertungkus-lumus menyiapkan kerja masing-masing, yang didapur memang sibukla..yang lelaki menggali tempat untuk menyembelih dan menggali lubang...letih memang letih tapi menyeronokkan, malam tu ada sesi ceramah berkaitan sejarah korban..esoknya, majlis berjalan lancar seperti yang dijadualkan, daging diagih-agihkan kepada orang kampung, selebihnya, kami masak dan buat kenduri hari raya untuk orang kampung..

"Eidul Adha Mahabbah Project" itulah nama program yang aku sertai dan dinobatkan sebagai program terbaik tahun itu,ALHAMDULILLAH...

p/s: terasa nak menyambut hari raya kurban bersama-sama orang asli lagi, huhu..

Mihun Goreng



Baru-baru ini, (bermula 3 bulan lalu)..aku selalu bersarapan dengan mihun goreng yang berharga RM1..ditambah kuih aneka macam(ikut hari) juga RM1..sampaiakn kawan seopos perasan yang aku selalu bersarapan dengan mihun goreng.."Enta ni, istiqamah betul dengan mihun goreng" katanya sambil tersenyum.."Istiqamah la bagus,hehe" diri ini membalas juga dengan senyuman..

Bukanlah iosu pasal mihu goreng yang hendak diulas, tetapi lebih fokus tentang makan pagi@bersarapan@breakfast... rata-rata anak murid yang aku temui (pelajar IPT tempat aku mengajar) seringkali mengabaikan sarapan pagi, mereka memandang remeh akan sarapan pagi..tidak makan sehinggalah perut terasa lapar pada waktu petang..

ish..ish..bukan ke sarapan pagi itu penting untuk badan, mengambil sarapan pagi penting kerana badan kita memerlukan tenaga dan segala jenis khasiat bagi menjana tenaga badan, dan seterusnya membolehkan kita melakukan aktiviti harian dengan lancar..kalau tidak mengambil sarapan pagi, mungkin badan akan menjadi lesu dan tidak bermaya, bila badan lesu, masuk ke kelas pun jadi tidak bersemangat, tidak kurang juga yang tidur didalam kelas..

Info;
1) mengambil sarapan pagi yang berkhasiat penting untuk tubuh badan kita
2) mengambil sarapan pagi@makan tengahari@makan malam berlebihan juga tidak elok untuk kesihatan dan kadang-kadang boleh menyebabkan mengantuk
3)makan malam yang lewat juga tidak elok kerana kita tidak boleh baring@tidur sekurang-kurangnya dua jam selepas makan..kalau tidur selepas makan juga boleh menyebabkan perut membuncit(hu3, kenapa tiba diri ini terasa)..

p/s: pagi ni makan nasi lemak, berubah angin selera pagi, hee..