Kisah Pelajarku



Salam, mengajar di Sarawak pasti banyak cabarannya, anataranya berhadapan dengan pelajar yang datang dari latarbelakang keluarga yang berbeza, ada yang senang, ada yang susah, ada anak askar, ada juga yang ayahnya nelayan..

Baru-baru ini, seorang bekas anak didikku menghantar mesej padaku bertanyakan khabar, aku mengajarnya semester lepas dalam kuliah Pend. Islam 1..dia telah berhenti dari poli..ada khabar angin mengatakan dia berhenti poli sebab berkahwin..

Tapi selepas aku berbalas mesej dengannya baru aku tahu yang khabar angin itu tidak benar..sayu juga mendengar cerita tentangnya..dia terpaksa berhenti poli kerana menghadapi masalah kewangan..ibunya terpaksa tinggal sementara dirumah kakakknya kerana menjaga anak kakaknya yang baru lahir, manakala dia terpaksa menjaga ayahnya yang sudah uzur di rumah, sambil menjaga ayahnya dia membuat kuih untuk dijual.Ya Allah sungguh aku terharu dengan pengorbanan dan usahanya kerana saat umurku sebaya dengannya, aku masih belajar dan hanya tahu meminta dari mak ayah jika duit poket sudah berkurangan..mesejnya lagi, dia selalu bangun awal pagi untuk siapkan bekalan buat abangnya yang akan pergi bekerja, jadi malamnya dia akan tido awal sebab letih dan kena bangun awal pagi...

Jauh disudut lubuk hatinya, aku dapat meneka yang dia sebenarnya dahagakan ilmu dan masih ingin belajar, buktinya dia selalu mesej kat aku tentang perkara2 yang tidak difahaminya..namun keadaan hidupnya memaksanya untuk tidak dapat sambung belajar di poli, aku menasihatinya..belajar tidak semesti mesti berada di IPT tapi belajar boleh dimana-mana, yang penting jangan hilangkan keazaman untuk terus memburu ilmu yang tidak pernah akan habis unutk kita timba..beli buku, baca dan memahami isi kandungannya itupun sebahagian dari belajar. Jangan pernah berhenti untuk belajar

Pemimpin

Salam..kalau kita hendak memilih pemimpin, biarlah kita pilih pemimpin yang elok, baik akhlaknya..yang baik sejarah hidupnya..kalau kita pilih pemimpin yang cakap tak serupa bikin, rosaklah masyarakat jawabnya..kalau kita dah tahu dia dulu pernah cakap seks bebas tak elok, tau2 dia sendiri buat seks bebas, siap ngaku lagi..dah terang2 orang camni xleh pakai..dah sah2la dia kaki menipu, jadi orang camni tak layak untuk duduk atas kerusi 'pemimpin'..kata orang..bila pemimpin tidak bermoral maka akan pincanglah masyarakat kelak..

Justeru, Islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani ini.:antaranya:


1 . Islam . Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat islam.


2 . Adil . Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam, ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak dimuka bumiNya ini. Sebagimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat islam.


3 . Ilmu. Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.


4 . Melaksanakan hukum Allah.


5 . Bersikap sama rata dan tidak berlaku zalim.


Sepotong kata-kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat islam dengan katanya,




" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."

kalau sekalipun pemimpin tu dari organisasi bukan islam, pilih la yang adil, orang yang cakap tak serupa bikin ni orang yang tak adil, bila dah pemimpin tak adil, akan berlakulah korupsi sana sini..maka berhati2lah kalian memilih pemimpin

wahai 'pemimpin2' yang mengaku diri mereka pemimpin,baik presiden atau pengerusi atau ape saja yang ada sangkut-paut dengan pemimpin. belajarlah kepimpinan dari Rasulullah SAW, bukan dia tokoh agung yang turut diiktiraf oleh orang barat..renung-renungkanlah

Berhati-hati taktik warga asing

2010/03/26
BARU-BARU ini, saya ke kaunter tukaran mata wang asing di pusat beli-belah di Wangsa Maju untuk menukar duit pembantu rumah saya yang ingin pulang ke Indonesia untuk perkahwinan anaknya.

Selepas urusan selesai, saya menuruni tangga bergerak apabila tiba-tiba sekumpulan warga asing dipercayai dari Indonesia meluru ke sebelah kanan dan depan saya. Salah seorang daripada mereka berpura-pura jatuh seolah-olah terkena sawan. Tanpa saya sedari, dalam keadaan kelam-kabut mereka cuba membantu rakan yang pengsan, duit yang berada dalam poket saya sudah tiada dipercayai diambil seorang daripada mereka yang melanggar saya. Wahai warga asing yang mencari rezeki di Malaysia, carilah rezeki cara sah dan halal. Anda menganiaya rakan senegara anda yang berhempas pulas mencari rezeki halal di Malaysia. Bayangkan sekiranya anda sendiri yang mengalami keadaan ini.

Untuk warga Malaysia, berhati-hati ketika menuruni tangga bergerak walau di mana anda berada kerana ini taktik warga asing untuk mencuri.

DEEBA,
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

diambil dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Berhati-hatitaktikwargaasing/Article

p/s: kepada warga Indonesia yang mengaku beragama Silam, jadilah orang ISlam yang sebenar, jangan meMALUkan negara anda sendiri

Mari Membaca Al-Quran



Dari Abu Hurairah ra katanya, sabda Rasulullah SAW :" Perumpamaan bagi orang mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah atrujah, baunya wangi dan rasanya sedap, perumpamaan bagi orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah tamar(kurma), ianya tidak berbau dan rasanya manis, perumpamaan bagi orang munafik yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti 'khanzalah', ianya tidak berbau dan rasanya masam, perumpamaan bagi orang munafik yang membaca Al-Quran ialah seperti 'raihanah', baunya sedap dan rasanya masam"

Entri Bergambar



Mati itu PASTI, Hidup InsyAllah..
Hati-hati menempuh perjalanan yang dinamakan kehidupan,agar tidak tersilap langkah



Sudah sunnah orangt berjuang, mengembara dan berkelana...
Berjuang menempah susah, menanggung derita menungkah fitnah, itulah gelombang hidup samudera duka, seorang mujahid memburu syahid..

......apa yang berlaku pada 29 April 2001....hanya dia yang tahu..

Menjadi hebat



Salam buat semua..moga semuanya sihat sejahtera dan berada dalam rahmat Allah SWT hendaknya..

Untuk menjadi orang yang hebat. kita kena bersikap dengan sikap orang-orang yang hebat..
orang yang hebat bukan orang yang banyak hartanya bahkan lebih dari itu..
orang yang hebat bukan orang yang tinggi pangkatnya tapi lebih dari itu..

Antara ciri-ciri orang yang hebat(diambil dari blog Pn. Martinelli@Ibu)

1. Tidak teruja bila dipuji

2. Tidak memburukkan2 orang lain malah lebih banyak memuji

3. Tidak mrncari populariti

4. Tidak mudah kecil hati

5. Tidak suka mengusutkan fikiran dengan perkara remeh.

6. Tidak banyak bersungut

7. Sentiasa tenang dalam apa saja keadaan

Bukan mudah untuk menerapkan sifat2 itu dalam diri kita. Sedikit pujian orang sudah boleh merasa diri kita hebat. Lintasan2 riak itu amat susah untuk dihapuskan, Teringat saya kisah Imam Syafei yang dikatakan akan memberhentikan bacaan Qur’annya apabila melihat orang menangis terisak2 mendengar bacaannya yang syahdu, Beliau memang terkenal dengan bacaan Alqur’an yang sangat memukau. Beliau berhenti semata2 takut merasa riak.

Ziarah dari Miri

Sabtu baru-baru ini, aku didatangi oleh 2 orang sahabat dari miri, azlan dan firdaus, kenalan dari matrik uia hingga tamat belajar uiam, dan Alhamdulillah masih berkesempatan untuk bertemu walaupun dah bekerja..

Sebuah Pertemuan
UNIC
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan


Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan


Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman