Kawan Karib


malam semalam usai solat maghrib, aku menerima panggilan dari seseorang yang karib padaku suatu ketika dahulu..Subhanallah..kawan karib aku, NorAzmi bin Anas menelefonku bertanyakan khabar, mulanya aku agak asing dengan suaranya kerana handphoneku tidak menyimpan nombor telefonnya(handphoneke pernah rosak dan hilang semua nombor)..pelbagai cerita dikongsi berjama, antaranya perihal kerjaya masing-masing..

Antara yang menarik yang dibicarakan malam itu ialah perihal lagi seorang sahabat, Mohd Faizal bin Mohd Fadhil..kami dulu dipanggil tiga serangkai oleh guru-guru disekolah(Husni Halid, Azmi Anas dan Faizal Fadhil). Faizal dikhabarkan telah melangsungkan pertunangan dan akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ini, insyAllah..Tahniah buatmu akhi, telah merancang untuk membina masjid..

Moga ukhwah diantara kita kita akan kekal selamanya..

UKHWAH FILLAH LESTARI SELAMANYA

Al-Fatihah..

Salam takziah buat keluarga Dr. Fathi Yakan..

Dr. Fathi Yakan telah meninggal dunia pada 13 Jaun 2009..Beliau yang terkenal dengan kitabnya yang bertajuk Maza Yakni Intim'ie lil Islam ( Mengapa saya menganut agama Islam)merupakan seorang tokoh yang saya kagumi hasil penulisannya..

sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk rodnya..moga rohnya akan ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman..Amin

Larangan Menipu Dalam Perniagaan

Maka tersebutlah kisah, kawan aku nak beli kete Toyota Vios..so pada minggu ke3 bulan Mei 2009 aku pun diajak oleh member aku tersebut untuk menemaninya berjumpa dengan pegawai bank (menjual kereta)..so kami pun pergi ke tempat yg dituju untuk berjumpa wakil tersebut, setelah lebih kurang sejam berbincang akhirnya member aku berminat untuk membeli dengan wakil tersebut..pada 21/5..aku sekali lagi diajak member aku untuk sain dokumen2 pembelian di sebuah bank terletak di Kuching..pada hari tersebut pihak bank berjanji bahawa kami akan dapt kereta pada 8 atau 9hb Jun..itulah janji beliau kepada kami..

Maka selesailah urusan menandatangani dokumen2 untk loan kereta...

Pada 8-11 jun..kawan aku tu selalu telefon pegawai bank dan penjual kereta tersebut bertanyakan pasal kereta tapi jawapan yang diberikan memang mengecewakan..beliau mengatakan kereta tk sampai lagi..punyala MENIPU ye tak..hari tu janji lain hari ni janji lain..camni ke nak dapat keberkatan dalam berniaga? ataupun ini satu strategi untuk dapat untung?..perlu ke menipu untuk dapat untung? begitula lumrah kehidupan..tapi yg lebih mengecewakan, beliau seagama dengn kami..dan solat berjemaah sama2..tapi hati mungkin berbeza..Allahu'alam..

sehingga hari ini..15hb Jun, kawan aku tu masih xdapat kereta..katanya kereta akan dapt pada 21hb ni, tah ye tah tidak..tp pe pun aku doakan kawan aku tu dapat kereta cepat2..

actually, banyk kerja yang dirancang bersama kawan aku tu tertangguh disebabkan kereta yg dijanjikan tidak sampai ke tangan kawan aku tu seperti yg dijanjikan..manusia oh manusia..

pengajaran
1) Islam melarang keras MENIPU dalam perniagaan.. sungguhpun BERNIAGA boleh dapat 9/10 dari rezeki tapi adakah KEBERKATAN seandainya perniagaan dijalankan atas tiket menipu pelanggan..

2) Jadilah manusia yang jujur..

Lagu Tema..


LUHUR – KAMIKAZE

Singkap kembali detik akhir bersama
linangan air mata ku menitis
dalam pelukan dakapan yang terakhir
mengalir darah membasahi bumi

Pergi yang tak kembali
Untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali

Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilangmu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi

salah sebuah lagu yang pernah dijadikan lagu tema dalm COMRADE..

Entri Bergambar


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

ancaman dan ugutan



Allah SWT telah menjanjikan kepada para pejuang bahawa sesungguhnya Allah tidak menghamparkan permaidani merah dalam kehidupan seorang pejuang tetapi dihamparkan duri disepanjang jalan dakwah..selagi mana kita berpegang kepada amar ma'ruf wa nahi munkar..maka selagi itulah kita akan di uji-Nya

kadangkala ujian itu berbentuk ancaman dan ugutan dari makhluk bernama manusia, dan yang lebih menyedihkan ancaman dan ugutan itu datng dari seorang muslim yang mengaku bahawa Allah itu Tuhan dan Muhammad SAW itu pesuruh Allah..Namun hakikatnya hatinya masih belum cukup kuat dalam meyakini..

aku baru usai menerima satu panggilan telefon dimana pemanggil tersebut cuba mengugut aku dan mengancam aku, namun itu tidak membuatkan aku untuk terus berundur dari medan dakwah sebaliknya hal-hal seperti ini akan terus menjadikan aku terus kuat disisi-Nya (insyAllah)disamping teman-teman yang sentiasa memberi perangsang dan sokongan dalam berdakwah..mudah-mudahan usaha yang tak seberapa ini mendapat keredhaan-Nya..

pemanggil tadi sekali lagi memperlekehkan nama Allah tatkala aku menasihatinya supaya tidak marah. Aku teringat, baru je dua minggu lepas kami membincangkan hadis "La Taghdab" = jgn marah ketika usrah..aku doakan moga pemuda tadi insaf dan menjadi pejuang Islam sebenar..

lebih menyedihkan pemanggil tadi berbangga dengan dosa yang dilakukan..nauzubillah min zaalik...mafhum hadis "Barangsiapai dikalangan kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu ubahnya dengan tangan kamu, jika tak mampu ubahlah dengan lidah, jika tak mampu ubahlah dengan hati, itulah selemah-lemah iman"..jadi aku pun tegurla pemanggil tadi, mudah-mudahan dia berfikir akan teguran aku itu..

Salam jundullah..

Sukan

Alhamdulillah, aku usai bermain ping-pong dengan Ustaz Faisal bin Mahdi, salah seorang ustaz di tempat aku bekerja merangkap housemate aku sejak awal tahun..RIADAH..dapat keluarkan peluh, mampu menjana darah untuk bergerak dengan lebih lancar, insyAllah..sukan dapat menjaga kesihatan. Dengan bersukan kita akan bergerak, sebagai contoh dalam permainan badminton, kita kena berlari didalam gelanggang untuk memukul bulu tangkis ke pihak lawan, oleh itu kita perlu sentiasa bergerak..impak dari pergerakan itu mampu menjana darah dengan lebih cepat lalu membentuk manik-manik halus yang dipanggil peluh..bila berpeluh, kita sebenarnya telah membakar lemak dan kalori dalam badan..yeke??agaknya lah..

ni aku tengan berehat jap, aku amik kesempatan ni menulis pasal sukan..okeh, Ustaz Faisal dah panggil sambung perlawanan ping-pong..Chow...Salam sejahtera..Bersukanlah untuk sihatkan badan..