Perpisahan

Semester hampir sampai ke penghujungnya...bagi mereka yang berada di semester akhir, pasti sedih dengan perpisahan yang akan terjadi..perpisahan..lumrah alam..perpisahan hanya akan terjadi apabila adanya pertemuan..bermula dengan pertemuan, pertemuan menjadi sesi taaruf@berkenalan..bila dah kenal, maka jadilah 'bestfriend'...bestfirend@kawan baik tidak semestinya orang yang lain jantina dengan kita..bahkan yang sama jantina dengan kita adalah lebih baik..carilah kawan baik yang mampu menegur kita andai kita buat salam(apelah yang aku mengarut ni,tajuk perpisahan..bukan bestfriend)

bercakap pasal perpisahan, ramai yang sedih tapi ada juga yang gembira..yang gembira tu, hanya dia yang tahu kenapa dia gembira.huhu...perpisahan sinonim dengan sedih, bila sedih ada yang mengalir airmata(especially yang lahir bulan 8 dan 12)..biarpun perpisahan terjadi, janganlah kita berpisah terus..rajin2kanlah tangan untuk menghubungi kawan2 dan bertanya khabar...

ramai pelajar2 ingat bila mereka berpisah dengan pensyarah@dah abis belajar, mereka ingat pensyarah dah tak ingat kat mereka lagi, ha ni mereka silap, sebenarnya pensyarah ingat kat mereka, walaupun aku xingat nama, tapi muka memang aku cam la...ada je aku jumpa beberapa orang pelajar yang dh abis belajar yang dah tak nak tegur aku, mungkin mereka fikir aku dah tak ingat mereka kot(husnuzon)

masa sekolah menengah dulu, hampir setiap tahun pelajar2 form 5 akan menyanyikan lagu 'doa perpisahan' sebagai persembahan terakhir di hujung tahun..aku pun tak melepaskan peluang untuk bernyanyi bersama-sama di atas pentas mas form 5 dlu, ada jugakla member2 yang menangis masa tu..bila turun pentas je, ada la adik2 junior menghulurkan surat bagitau sedih sb dah nak berpisah,hu..semua tu tinggal kenangan..


Doa Perpisahan
"Pertemuan kita disuatu hari
menitikan ukhwah yang sejati
bersyukur ku ke hadrat Ilahi
diatas jalinan yang suci

namun kini perpisahan yang terjadi
dugaan yang menimpa diri ini
bersabarlah dia atas suratan
kutetap pergi jua

kanku utus kan salam ingatanku
dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu
mencari hidayah daripada-Mu
dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
diatas perpisahan ini

senyuman yang tersirat dibibirmu
menjadi ingatan setiap waktu
tanda kemesraan bersimpul padu
kenangku didalam doamu
semoga tuhan berkatimu..

Mengejar pahala, tercarit dosa

Salam,

perasan tak,kadang-kadang kita sibuk membuat kebaikan(niat untuk mendapat pahala) tapi dalam masa yang sama, kadang-kadang dosa pun kita dapat tanpa perasan..

Senario 1

tatkala azan berkumandang..
Syah:"Din, jom ikut aku solat kat masjid, boleh dapat pahala lebih, bukan ke solat berjemaah itu 27 kali ganda lebih pahala berbanding solat bersendirian" kata Syah kepada kawan ofisnya, Din..
Din : "naik kete kau ke naik kete aku"
Syah membalas.."Kete aku pun tak pe"
(lalu mereka berdua pun melangkah masuk ke dalam kereta Syah)
bila dah masuk kereta, enjin dihidupkan dan bermulalah perbualan..
Syah : Din, ko tak ajak ke afiq ikut sama tadi?
Din : Eleh, klau aku ajak pun mesti dia taknak ikut, macam la ko tak kenal dia tu..
Syah : memang pun, dia tu memang malas nak solat kat masjid, nama je pensyarah..ee..malu aku nak ngaku dia pensyarah satu jabatan ngan aku
Din : betul tu, dah la mals solat berjemaah, solat lewat2 lak tu..
(begitula ceritanya, asal niatnya nak solat berjemaah tapi dalam menuju ke masjid tu, dah berapa dosa yang kita himpunkan..dosa mengumpat yang disengajakan tanpa kita sedari..)

Terkini????

Assalamualaikum..

Ceritera kali ini bermula dengan kisah 2 minggu lepas..

2minggu lepas : masa ini aku agak bizi dalm menyiapkn soalan2 Ujian Akhir@Ujian Penilaian Berterusan..aku diminta untuk menyiapkan 40 soalan, format soalan : pilihan jawapan ( A B C D )..lepas siap 40 soalan, aku kene susun soalan, ikut topik yg di ajar, bermula dengan soalan berkaitan tajwid dan berakhir ngan soalan topik : ibadah-ibadah khusus..lepas susun soalan, kene bagi Ketua Kursus semak, Alhamdulillah xbanyak perubahan yg mesti dilakukan..edit semula dan hantar soalan ke Unit Peperiksaan untuk dicetak..

Minggu lepas : aku kena amik soalan yg telah dicetak dari Unit Peperiksaan dan bawa balik ke pejabat sendiri, soalan2ni mesti disusun dan di stapler, ha time ni aku ngan Us Rahman yang buat sama2..pastu kena bahagi2kan soalan dan masukkan dalam sampul khas, kemudian ditampal ngan selotep khas..pastu simpan kat bilik kebal (macam la kebal sgt blik tu)..

bila tiba hari peperiksaan ( Rabu ), pagi tu aku bahagi2kan sampul2 tersebut kepada pengawas2 peperiksaan... tepat jam 2 ptg, peperiksaan subjek aku pun bermula...kul 3 petang tamat..masa ni aku jadi Ketua Dewan sb rmai pelajar yg exam dalam dewan tu..

pastu tibala masa menyemak kertas2 jawapan yg diberikan..macam2 jawapan yg aku terima..hadooiii laaa...lain yg diajar, lain yg dijawab..tapi takpe, tugas menyemak tetap diteruskan dengan telus.. =)

Minggu ni : ha minggu ni aku bizi tuk siapkan markah PB pelajar2 aku, ni bukan pe, sb pelajar nak cek markah la kiranya...tapi makah Ujian Akhir aku xleh tunjukkan sb itu rhsia aku dan PKS,hehehe..pelajar2 hanya leh tgk markah kuiz,amali,tugasan,pembentangan dan yang sepatutnya..

Chit - Chat

seketika di dalam kelas..

Hawa: Ustaz, nape ktk dh lma sik nulis dlm blog ktk..

Ustaz: Em..sya bizi ckit(alasan), so xsempat nak menulis..

Hawa: Em....

Ustaz: (dalam hati, em betul gak tu, dh lma aku xmenulis@menaip, so mlm ni la nak menaip)..

Nikmat makan daging yang haram

Maksud firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat 49:12 :

"Wahai orang yang beriman!Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?(jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik padanya (Oleh sebab itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani"

Maksud firman Allah dalam surah Al-Humazah 104:1 :

"Celakalah bagi tiap-tiap pencaci, pengeji"


Umat Islam di Malaysia khususnya cukup marah andai ada makanan yang dijual di pasaraya yang mengandungi unsur-unsur babi sabagai ramuannya..contoh seperti jeli kulit babi dan sosej bersalutkan babi...Tapi dalam sedar atau tidak, kita sebenarnya dah makan makanan yang lagi teruk dari babi iaitu daging saudara kita sendiri..hal ini dinyatakan dalam Al-Quran yang memberi perumpamaan bahawa orang yang mengumpat @ ghibah seperti makan daging saudaranya sendiri..

Kita andaikan kita telah tersesat di dalam hutan bersama dengan seorang saudara kita, kita dah x makan selama beberapa hari dan perut pastinya lapar sangat2, ketika itu tiba2 lintaslah seekor babi hutan..maka kita dan saudara pun tangkap babi hutan tersebut dan makan sedikit kerana keadaan darurat yang dialami..dalam situasi ini kita lebih rela makan daging babi tersebut daripada makan daging saudara kita tu..kenapa tak kita bunuh je saudara tadi tu dan makan dagingnya..ini kerana kita tidak ada selera@merasa jijik untuk makan daging saudara kita dan kita lebih rela makan daging babi tersebut dari makan daging saudara kita itu..

Tapi, dalam kehidupan kita, orang agama mahupun orang awam seringkali makan daging saudara kita..bahkan penulis pernah jumpa beberapa orang ustaz dan ustazah yang suka mencari-cari kesalahan orang lain dan menceritakannya kepada orang lain..hampir setiap diulang-ulang perbuatan tersebut sehingga menjadi tabiatnya untuk mencari kesalahan orang dan menceritakannya pada yang lain..hinggakan tidak lagi rasa bersalah makan dading saudara kita itu bahakn terasa nikmat pula dengan perbuatan mengumpat yang dilakukan..

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menyoal sahabat pada suatu hari: "Tahukah kamu apa itu ghibah? Para sahabat menjawab : Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Ghibah adalah apbila engkau menceritakan tentang saudaramu sesuatu yang ia benci"

Dunia hari ini, teknik mengumpat tidak lagi hanya dari mulut ke mulut bahkan lebih hebat lagi, mengumpat atau ghibah kini boleh melalui tulisan, SMS, e-mel, online forum, facebook, sistem outlook dan banyak lagi..begitulah yang berlaku apabila teknologi salah digunakan..lebih mengundang dosa tanpa disedari..

Justeru itu, marilah kita sentiasa muhasabah diri kita, janganlah suka berburuk sangka, belajarlah untuk berbaik sangka setiap masa dan ketika..kata ayahanda saya "carilah yang positif dalam negatif, pasti ada hikmahnya"..tinggalkanlah perbuatan suka mengeji dan mengumpat kerana itu adalah sebahagian sifat mazmumah yang patut kita hindari..bukankah dengan menutup aib orang lain, Allah akan menutup aib kita di akhirat kelak..maka janganlah menceritakan keburukan orang lain, sebaliknya latihla diri supaya sentiasa menceritakan kebaikan orang dengan kawan-kawan kita..

p/s: tegurlah diri ini andai diri ini ada menceritakan keburukan orang,sama-sama kita bermuhasabah setiap masa...Allahua'lam..
Salam..

Mangajar pelajar-pelajar yang rata-ratanya berumur penghujung belasan tahun dan awal 20-an menjadikan mereka suka bertanya tentang CINTA...kadang-kadang perkara yang tidak boleh cuba dibolehkan oleh mereka yang sedng bercouple...

Jadi, aku cuba memberi pemahaman kepada mereka bahawa CINTA itu memang seronok dan yang lagi seronok apabila kita berCINTA dengan Allah SWT dan Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW..untuk bercinta dengan Allah SWT dan rasul-Nya kita hendaklah sentiasa berusaha dan berusaha..meng'islah'kan ibadat-ibadat khusus, mermunajat dan bermujahadah setiap hari(sekira mampu), memperbaiki akhlak-akhlak dalam diri dengan menerapkan sifat-sifat mahmudah dalam diri..

" Kiranya tiada cinta insani untukmu, cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu, kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang mencintai Allah SWT sebagaimana cintamu terhadap Allah SWT"

-Untukmu Ilahi-
Sekali kaki melangkah
Dijalan Allah
Jangan berundur
Biar masa berganti
Aqidah jangan mati
Biar zaman berubah
Keyakinan pada Allah jangan goyah
Biar hina dimata manusia
Jangan hina disisi Allah

Buat pejuang agama
Moga iman perisai kemuliaanmu
Moga taqwa pemebnteng dirimu
Moga syahid menjadi milikmu
Agar Jannatun naim memanggil dirimu

-Abu Najah-


p/s : baru-baru ni ada soalan dari pelajar tentang kes seorang guru Al-Quran merogol anak muridnya sendiri..terkejut gak aku bila ditanya begitu, tapi aku mengatakan bahawa title 'Ustaz/Ustazah' bukanlah satu jaminan bahawa orang itu akan masuk syurga dan bukan pula 'orang awam' itu susah untuk masuk ke syurga, Sesungguhnya Allah tidak melihat pada zahir kamu tetapi melihat pada amalan dan hati-hati kamu...

Sekian..

September Bulan Sedih UIA…Graduan UIA dibunuh dengan kejam

September tahun 2009, kita digemparkan dengan pembunuhan Bro. Ubaida M.A AlQudsi graduan UIA yg dibunuh secara kejam dengan ditembak di kaki dan perut oleh Yahudi apabila pulang dari Masjid Ibrahim di Gaza.

Pada penghujung September 2002, UIA digemparkan dengan penahanan pelajarnya Ahmed Ibrahim Bilal yang disyaki oleh Amerika sebagai teroris. Ia ditahan selama 8 tahun dan kita tidak tahu bagaimanakah keadaannya sekarang.

Kini September 2010 di saat kita merayakan Aidil Fitri, kita digegarkan lagi dengan pembunuhan yang sengat kejam terhadap graduan undang-undang UIA Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang dizalimi bersama jutawan Sosilowati yang menjadi anak guamannya.

Ahmad Kamil anak ustaz Abd. Karim, seorang pesara dari Seremban, meninggalkan seorang isteri dan anak yang masih kecil. Melihat wajahnya saja kita sudah tahu beliau seorang yang baik. Beliau setia bertugas sebagai peguam sivil kepada Datuk Sosilawati. Semasa di UIA tinggal di mahallah AsSidiq, seorang ‘typical IIUM student’ yang bersih dan kemas Beliau grad tahun 2002 dan terus bekerja dengan syarikat guaman Kamarudin & Partners. Kecemerlangan kerjanya menyebabkan beliau kemudian dilantik sebagai rakan kongsi dan sebagai pengarah cawangan di Putrajaya.

Tidak dapat dibayangkan orang sebaik itu dipukul, dibelasah, ditikam, dibakar di atas zink dan abu mayat dibuang begitu saja ke dalam sungai. Bukan satu sungai tetapi beberapa buah sungai yang berasingan. Apalah daya mereka untuk melayan bila dikurung oleh tembok yang tinggi dan dikerumuni oleh manusia2 ganas tidak berhati perut. Semoga keluarga mereka sabar menerima.

Ubaidah dan Kamil dibunuh oleh tangan kafir di bulan Ramadhan. Moga kedua mereka
mendapat pahala syahid. Bilal ditahan oleh tangan kafir juga. Ketiga2 mereka punya wajah yang amatlah bersih memancarkan cahaya iman yang kuat di hati. Sudah tentu rakan2 dan pensyarah yang mengenali mereka merasa kehilangan yang amat sangat. Antara kesemua itu pembunuhan Kamil adalah yang paling kejam.

Tiga peristiwa sedih berlaku kepada anak didik UIA di bulan September.

Kebetulan juga Presiden UIA kedua, Dato’ Seri Anwar dilucutkan dari jawatan presiden dan kabinet Malaysia juga berlaku di bulan September dua belas tahun yang lalu.

Kesemua peristiwa itu mendapat liputan di seluruh dunia.

Sebagai orang lama yang mengikuti peristiwa2 itu saya simpulkan September adalah bulan sedih UIA!!!!

dipetik dari :

http://blogs.iium.edu.my/martinelli