Khutbah Jumaat pada 11/12/2009

HIJRAH MELAKAR INSAN TERBILANG

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالْهُدَى وَدِيْنِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ.

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN
Saya menyeru dan berpesan kepada diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekelian, agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat.

MUSLIMIN YANG DIKASIHI SEKALIAN
Seminggu lagi, umat Islam di dunia ini akan menyambut awal tahun baru 1430H. Oleh itu, marilah kita sama-sama merenung Firman Allah dalam surah an-Nisa' ayat 100:


Yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang di tuju maka telah tetap pahala di sisi Allah dan adalah Allah SWT Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang”.

Sedar ataupun tidak, kita sekarang ini berada di penghujung bulan Zulhijah bagi menyambut tahun baru 1430H. Pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam dalam menyambut kedatangan tahun baru Hijrah, di antaranya ialah dengan meningkatkan lagi kesedaran dan penghayatan umat Islam terhadap taqwim Hijrah yang sangat tinggi nilainya. Sudah sekian lama, umat Islam lebih terbiasa dengan kalendar Masihi dalam kehidupan seharian. Tanyalah diri kita masing-masing tentang sejauh manakah penggunaan taqwim Hijrah untuk mengatur urusan hidup kita seharian? bagaimanakah mungkin kita dapat menentukan waktu solat, puasa Ramadan, hari raya dan beberapa lagi hari penting dalam Islam tanpa kita merujuk kepada taqwim Hijrah?. Menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam, memartabatkan penggunaan taqwim Hijrah, agar identiti umat Islam lebih terserlah.

Sambutan tahun baru Hijrah juga bertujuan mengajak umat Islam agar menghayati konsep Hijrah yang pernah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW. Sekiranya pada awal bulan Zulhijjah yang lalu, kita didedahkan tentang pengorbanan suci yang pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan anak kesayangannya Nabi Ismail AS serta beberapa pengorbanan yang lain, maka pada bulan Muharram pula, kita perlu memfokuskan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawwarah sehingga berjaya mendirikan Negara Islam. Perintah Hijrah ini bukan sahaja dilalui oleh Nabi Muhammad SAW, tetapi turut dilalui oleh beberapa nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum ini. Sesungguhnya Hijrah adalah suatu kewajipan yang mesti ditempohi sebelum datangnya pertolongan dan kejayaan yang lebih besar daripada Allah SWT. Jelas sekali hubungan rapat antara korban dan Hijrah tidak dapat dipisahkan sama sekali. Hanya orang yang sanggup berkorban kerana Allah SWT dan Rasul-Nya sahajalah yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat serta diberi pertolongan oleh Allah SWT.

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA
Hijrah menuntut kepada pengorbanan yang besar, demi melaksanakan segala perintah Allah SWT kerana makna Hijrah itu sendiri ialah suatu pengorbanan untuk membawa perubahan. Tiada perubahan ke arah yang lebih baik dan cemerlang yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah tuntutan hidup daripada sesuatu yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik, daripada sifat Mazmumah kepada sifat Mahmudah. Oleh itu, mengingati peristiwa hijrah Rasulullah SAW bukan sekadar menyebut dan mengingati peristiwa bersejarah itu sahaja, tetapi yang lebih penting ialah menghidupkan “Budaya Hijrah” dalam kehidupan kita seharian, sebagaimana yang disarankan melalui sebuah hadis Nabi Muhammad SAW:

"عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ، وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ‏."

(Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)

Yang bermaksud: “Seorang Muslim itu ialah orang yang menyelamatkan saudara Muslim yang lain daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Dan seorang yang berhijrah ialah sesiapa yang berhijrah daripada perkara yang ditegah oleh Allah.”

SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA
Antara pengajaran penting yang dapat kita ambil daripada Hijrah Rasulullah SAW ialah:

1. Hijrah adalah persaudaraan. Semangat ukhuwwah Islamiah yang ditanam dalam diri umat Islam daripada peristiwa Hijrah tersebut sehingga perpecahan dan perbalahan sesama sendiri antara penduduk asal Madinah (Aus) dan (Khazraj) dapat diselesaikan. Begitu juga berlakunya persaudaraan yang luar biasa antara golongan Ansar dan Muhajirin dapat disatukan atas dasar Islam, seperti Sa'ad bin Rabi’ dengan Abdul Rahman bin Auf.
2. Hijrah itu ialah kejayaan. Hijrah itu membentuk suatu pegangan yang kuat, segala masalah dapat diselesaikan berpaksikan akidah Islamiah. Kita dapat saksikan melalui catatan sejarah di mana bangsa Arab Madinah yang terdiri daripada Aus dan Khazraj bersengketa sesama sendiri. Golongan Yahudi yang merupakan penduduk minoriti Madinah pada masa itu, dapat hidup senang dan menguasai ekonomi Madinah. Yahudi mengambil kesempatan atas perbalahan itu di mana satu golongan Yahudi memberi bantuan kepada Aus dan satu golongan yang lain memberi bantuan kepada Khazraj. Yahudi telah menjual senjata kepada golongan yang berbalah ini yang menyebabkan mereka dapat mengaut keuntungan di atas perpecahan orang lain. Oleh itu, menjadi satu yang tidak pelik, apabila Zionis Yahudi pada hari ini menggunakan kuasa besar terutama Amerika dalam menjajah bumi umat Islam di mana musuh Islam ini tidak berjaya melakukan penjajahan baru melainkan dengan mewujudkan perpecahan di kalangan umat Islam dengan meniupkan kembali semangat (‘Asabiah). Bumi Afghanistan diranapkan selepas umat Islam berpecah dari dalam dan luar negara. Begitu juga Iraq dimusnahkan, setelah hancurnya kesatuan umat Islam. Malah hukuman gantung terhadap Saddam Hussein bekas Presiden Iraq merupakan antara usaha dalam menambahkan lagi permusuhan antara umat Islam yang sedia bertelagah sesama sendiri. Musuh Islam bersorak riang atas perpecahan umat Islam, menjajah setelah kita berpecah, mengaut keuntungan atas perbalahan sesama sendiri yang tidak berkesudahan.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN
Jika Rasulullah SAW berjaya membuang semangat ‘asabiah dan menangani masalah perpecahan sesama sendiri dengan menjadikan Islam sebagai asas perpaduan, maka umat Islam hari ini pun wajib kembali kepada ajaran Islam yang sebenar agar kesatuan kita semakin rapat dan kuat sehingga musuh tidak lagi berani memperkotakkatikkan kita sesuka hati mereka. Melalui ikatan persaudaraan yang dijalinkan atas asas iman yang dilakukan oleh Rasulullah SAW telah membolehkan sebuah Daulah Islamiah ditegakkan sehingga bukan sahaja sistem pemerintahan, perundangan, ekonomi dan sosial berasaskan Islam dapat dilaksanakan, malah sistem jahiliah yang menindas seperti amalan riba dapat dihapuskan.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN
Hijrah berjaya menukarkan insan yang tertindas kepada yang bebas, insan yang dihina kepada yang mulia, insan yang lemah bertukar menjadi kuat. Daripada kekufuran kepada terangnya iman, daripada kezaliman nafsu kepada keadilan wahyu. Oleh itu marilah kita berhijrah dengan menyuburkan semula pengetahuan Agama dan memperkasakan iman serta membasmi kejahilan dan memerangi kesesatan. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 74:

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ،



Yang bermaksud: “Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh keampunan dan kurniaan yang mulia”.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.



Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، إِقْرَارًا بِرُبُوْبِيَّتِهِ وَإِرْغَامًا لِمَنْ جَحَدَ بِهِ وَكَفَرَ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، سَيِّدُ الْخَلاَئِقِ وَالْبَشَرِ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
قال الله تعالى : إِذَا جَآءَ نَصْرُ اللهِ وَالفَتْحُ وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُوْنَ فِى دِيْنِ اللهِ أَفْوَاجًا فَسَبِّحْ ِبحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا
إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْ ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنََعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ, اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ,

اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ رَبَّنَا لاتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ

Membaca Al-Quran untuk Mayat

Msg masuk:
As'kum..kaifa asbahta? apa pendapt awk tntg amalan membaca Quran ditanah perkuburan dengan niat untuk si mati. ada waris sanggup mengupah org tertentu hanya membaca Quran di kubur hingga 3 atau 7 hari berturut2 tanpa boleh meninggalkan kubur tersebut kecuali klau ada penggantinya..biasanya 4org, 2 siang dan 2 malam..

Jawapan:
setelah merujuk kepada beberapa kitab dan berbincang dengan beberapa orang ustaz, maka dapatlah buat kesimpulan seperti berikut..

1) harus hukumnya membaca Al-Quran untuk mayat sama ada di kubur atau di rumah..

2) Dalam bab mengupah Qari untuk membaca Quran bagi mayat, terdapat khilaf di kalangan ulama. Sebahagian mengatakan boleh dan sebahagian lagi tidak. Bagi yang mengatakan tidak boleh mengupah Qari, mereka berhujjah dengan alasan, membaca Quran hendaklah ikhlas untuk mendapat pahala dan dikira sebagai ibadah, sekiranya seseorang itu membaca kerana ingin mendapat habuan(duit) maka tiada unsur keikhlasan di situ dan tiada ganjaran baginya...

3) bagi yang mengatakan boleh mengupah..mereka berhujjah dengan mensyarahkan hadis "Jika mati seorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara.." terputus yang dimaksudkan di sini ialah amalan si mati tersebut dan bukannya amalan orang lain ke atasnya.maksudnya boleh seseorang itu membaca Quran atau berzikir dan sedekahkan pahala bacaan tadi kepada si mati

4) Adalah lebih baik menyuruh waris atau anak kepada si mati untuk membacakan Al-Quran bagi si mati kerana doa anak yang soleh dapat menyelamatkan kedua ibubapanya...Allah Lebih Mengetahui segala-galanya...

boleh juga merujuk ke www.islamweb.net

mesej dari hp

"Assalamualaikum ustaz, sy nak minta nasihat dr ustz..sy nak berubah ustaz..Ustaz sy nak minta bgaimana utk solt taubt"

mesej yang aku terima pg tadi usai solat subuh, dihantar oleh salah seorang anak didikku..selepas baca msej ni, hati aku menangis kegembiraan...hanya Tuhan yang tahu perasaan aku ketika ini..

Berjumpa dengan anak didik seminggu sekali, membuatkanku merasakan masa tidak mencukupi untuk ku kongsi segala ilmu..namun itu bukan halangan..dakwah itu berbagai cara..tapi setiap kali masa kelas nak habis..aku tidak lupa memberi sepatah dua nasihat buat mereka semua..dan doaku setiap hari moga Allah meredhai anak didikku...

berjumpa dengan anak didik selama 4 bulan bukanlah satu jangka yang lama..masa begitu cepat berlalu namun kuusahakan untuk memberi yang terbaik buat mereka..

Hidayah itu dari Allah, Tuhan sekalian alam..namun kita sebagai umat Islam mestilah sering memperingati antara satu sama lain..mesej yang aku terima pagi tadi memang menggembirakan diriku...Aku dapat menjalankan dakwah secara fardiah dan natijahnya dapat dilihat sedikit demi sedikit...

sebenarnya banayak lagi yang aku nak luahkan tapi sorang nak didikku dah tunggu untuk buat amali hafazan...

teruskan perjuangan...

Perantau - The Zikr

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

macam-macam kisah

Salam...

sebagai seorang pengembara yang mengembara di tempt orang, pastilah akan bertemu dengan cabaran dan rintangan, namun semua itu mesti dihadapai dengan bijaksana gar langkah yang di atur tidak tersasar...

Bumi Allah ini luas, banyak khazanah ilmu yang belum diterokai.. justeru itu, ambillah peluang untuk mengutip ilmu sebanyak yang mampu, kuatkan semangat dalam usaha mencari ilmu-ilmu yang di redhai...

Alhamdulillah...Alhamdulillah... peperiksaan akhir junior(sem 1) baru selesai..walaupun terdapat sedikit masalah tapi semuanya dapat di atasi dengan bantuan-Nya..Syukur pada-Nya..namun jangan cepat berpuas hati kerana selepas ini peperiksaan akhir untuk senior pula menanti...kalau dahulu berdebar-debar menunggu soalan akhir, kini berdebar-debar melihat anak didik menjawab soalan...debaran terasa kerana ingin melihat mereka dapat menggunakan segala ilmu yang dicurahkan..bukan sekadar di atas kertas tapi praktikal dalam kehidupan seharian...


InsyAllah...hajat di hati ingin ke Miri melihat sahabat-sahabat di sana tapi masih belum berkesempatan, mudah-mudahan tahun depan dapatlah kaki ini melangkah ke sana..Us Shamil baru je pergi ke Miri, berjalan-jalan di sana sambil menziarahi kawan-kawan..ini menembahkan lagi keinginanku untuk ke sana. Ya Allah..permudahkanlah..

Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut hari raya korban@hara raya eiduladha...mengingatkanku kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail..moga segalanya menjadi iktibar buat kita semua..bukan sekadar bergembira menyambut hari raya tapi ambillah pengajaran disebalik kisah silam...

Duhai hati,jangan kau terkorban dengan dunia

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak sedarkah hati itu adalah ujian darti Tuhan-Nya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyah kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banayak mengaduh dari bertahmid rasanya. Aduhai hati..

Tak sedarkah hati segala yang diberi-Nya itu adlah nikmat, kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan diperolehi..

Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah wahai hati, itulah lumrah. Tidah sedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap keringat yang mengalir semua nikmat yang Tuhannya beri...setiap butir bicara, setaip kali jantung berdegup, setap langkah kaki berjalan juga nikmat dari-Nya..Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan??

wahai hati, jadilah ikhlas..jadilah hati yang nurani..jadilah hati yang sentiasa sabar dengan ujian dan dugaan..jadilah hati yang sentiasa berzikir dalam mengingati Tuhan Yang Esa..

moga hati terus tabah menjalani liku-liku hidup..

Salam kepada hati..

Meniru Dalam Kuiz 3

"Meniru bermakna menggunakan nota/maklumat/dokumen yang disediakan sebelumnya dalam apa jua bentuk dengan apa jua cara atau mendapatkannya dari mana-mana punca bagi tujuan untuk menjawab soalan peperiksaan kursus yang sedang dijalankan..

Memberi tiru bermakna bersubahat dengan pelajar yang lain dalam aktiviti-aktiviti meniru atau cubaan meniru..

Pelajar yang telah dibuktikan meniru, cuba meniru atau memberi tiru akan dimansuhkan markah peperiksaan akhir bagi semua kursus yang diambil pada semester berkenaan.."

(sumber : Bahagian Peperiksaan dan Penilaian)

minggu lepas, aku berkesempatan mengadakan kuiz 3 bagi sebuah kelas dibawah kelolaanku..kuiz dijalankan selama 30 minit dimana pelajar perlu menjawab sebanyak 10 soalan..sesiapa yang telah habis menjawab boleh menghantar jawapan dengan lebih awal..

maka bermulalah kuiz tersebut..rata-rata pelajar dapat menjawabnya tetapi ada juga yang masih kekeliruan..habis 20 minit terdapat beberapa orang pelajar menghantar jawapan, aku seperti biasa akan berjalan-jalan sambil memerhati pelajarku..tiba-tiba aku rasa sedikit pelik, aku memerharikan seorang pelajar..aku rasa pelajar ni dah hantar ketas jawapan tapi kenapa masih ada kertas jawapan di atas meje dia..aku menghampirinya perlahan-lahan. dia nampak sedikit pucat dan cuba menyembunyikan kertas jawapan diatas meja dia(cuba menindih jawapan tersebut dengan fail)..

aku mengambil kertas jawapan diatas meja tersebut dan..SAH..ternyata kertas jawapan tersebut bukan milik dia tapi milik pelajar yang duduk dihadapannya..Astagfirullah..istigfar aku dalam hati..ternyata pelajar ini cuba menjawab bagi pihak kawannya..aku masih mendiamkan diri..selepas kuiz tamat, aku menyuruh semua pelajar pulang kecuali 2 orang tersebut dan beberapa orang yang kujadikan sebagai saksi..

maka bermulalah sesi perbicaraan ringkas, aku menerangkan keadaan sebenar dan memberi sedikit nasihat beserta motivasi kepada pesalah..manakala aku memberi amaran kepada yang lain agar jangan sekali-kali meniru atau memberi tiru dalam kuiz atau ujian atau peperiksaan..jadilah manusia yang jujur..Nabi Muhammad SAW terkenal dengan sifat jujur sebelum diangkat menjadi nabi lagi dan diber gelaran Al-Amin..

jadilah umat yang sebenar-benar umat Muhammad SAW...kerana Allah kita berusaha untuk berjasa