Ukhwah

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara keduanya"

Alhmdulillah, syukur yang tidak terhingga aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana akhirnya doa kau diperkenankan, telah lama aku nantikan agar mereka berdua kembali berdamai sepertimana mereka mula2 kenal dulu, pada mulanya,mereka rapat(aku tumpang bahagia bila melihat kawan2 bahagia) dan selepas beberapa ketika, persahabatan mereka sedikit goyah, masa ini aku sedikit gelisah kerana tidak sanggup melihat kawan sendiri sedikit renggang. maka saban hari aku berdoa pada Allah SWT agar ukhwah mereka kembali bertaut, dan Alhamdulillah..peristiwa semalam dan dua hari lepas menunjukkan reaksi yang positif..

UKHWAH mereka kembali terjalin dan aku doakan moga ukhwah seperti ini akal kekal selamanya..sebagai seorang muslim, menjadi kewajipan untuk mendamaikan saudara2 kita..sepertimana yang telah diperintahkan-Nya..

UKHWAH FILLAH LESTARI SELAMANYA

suatu ketika dahulu

" klu __ jadi air mata, __ ingin lahir dari mata ....,hidup di pipi ...., dan mati di bibir ....,tapi klu .... jadi air mata __ , __ xkan menangis sebab __ xnak kehilangan insan seperti ...."

sekian..

hanya yang mengerti akan mengetahui..Allahua'lam

Sabtu Ahad lalu..

Kisah 1:
Halis and majeng datang ke rumah aku, halis datang dari sebuyau dengan menaiki kelisa dan majeng datang dari bintulu menaiki belon. tido kat umah aku. ahad pagi pergi serikin bersam2 dan cari barang2 apa yang patut. aku beli jaket.

Kisah 2:
"Mengada-ngada, tak boleh minum fresh oren tu" kata sorang kawan aku ketika kami makan malam bersama di kuching. peristiwa ni nampak cam base tapi ada maksud tersirat sebenarnya...hu3..

Kg Husin, Sg Siput

nila kampung pertama yang aku pergi tatkala menjejakkan kaki ke tanah 'orang asli'..

usai usrah pada malam itu, tb2 abg amil panggil aku dan tanya :
Enta minat tak berdakwah?
Eh mestila minat, kenapa abg amil tanya camtu.
nak tak ikut g berdakwah kat kg orang asli?
bila tu?
cuti semester nnti..
menarik gak, tapi takut nanti orang asli tanya cam2 sampai ana x mampu nak jawab
eh xdela sampai camtu, enta ajar yang asas je cam bacaan dalam solat, Al-Fatihah. yang simple2 je..
hm menarik gak

...................

ptg tu kami berkumpul dihadapan bangunan econ, menunggu trak JHEOA dan bas UIAM..aku sedikit gelisah sambil menggu kawanku, zul...lalu aku taip msg
Zul,ko katne?aku dah sampai depan econ da ni.
Jap2 aku tgh kemas baju, 15 minit.
ok.
15minit kemudian, zul pun dtg, lega aku sb ada kawan yang aku kenal join sama..

lepas asar aku menaiki bas dan bertolak ke sg.siput, bermulanya sebuah kembara dakwah ke kg orang asli..

perjalanan diteruskan sampai kek kg. kenang, bas hanya mampu bergerak setakat ni je, tuk terus ke kg husin kena naik trak JHEOA. bergilir2..
aku naik trak trip ke2 bersama zul, badan masa tu memang dah letih dan mengantuk tapi aku tengok senior comrade(Bro zul, poklan, AF) cam xletih je, da 'bela' ke? he3..rupa2nya itulah semangat dakwah mereka, xkenal erti letih..siap nyanyi lagi ramai2 dalam trak tu bagi menghilangkan keletihan, hm..memang seronok

sampai kt kg husin lbh kurang kul 11 malam..masing diberi tugas, ada yang kene memasak dan ada yang kena siapkan tempat tdur..lepas makan dan solat, aku pun tidur...hari esok menanti dengan penuh debaran..bakal mendapat keluarga angkat..

(cukupla dulu setakat ni cite aku, da masa aku sambung cite ni, klu aku rajin la,hu3)

Kualiti Seorang 'Ustaz'

Menjadi seorang ustaz yang berkualiti bukanlah satu perkara yang mudah. Bahkan tidak ramai ustaz berkualiti sebenarnya...

Ketika menuntut di universiti dulu, aku dan beberapa sahabatku pernah mencadangkan supaya di buat 'selection' pada pelajar-pelajar yang ingin mengambil jurusan agama. Tetapi idea ini mendapat bantahan dari peringkat pengurusan atasan. Dikatakan tidak 'relevan'.Apakah??

Cerita tentang ustaz yang terlibat dengan salah laku jenayah bukanlah perkara yang asing. Baru sebentar tadi aku mendengar tentang cerita seorang 'ustaz' (kononnya, kerana berkelulusan dari maahad)yang sering berzina dengan wanita..Berdegup jantung aku ketika mendengar cerita ini(walaupun ini bukan kali pertama mendengar cerita sebegini)..dikhabarkan "beliau" mula berzina ketika diperingkat sekolah menengah(agama) lagi..kemudian dia masuk ke sekolah maahad dan buat 'hal' lagi..sambung belajar di sebuah IPTA dalam jurusan agama tapi masih tidak berj=henti dari melakukan perkara 'keji' tersebut..selepas tamat belajar, dia mengajar di sebuah kolej dengan 'gelaran ustaz'..di sana dia masih aktif melakukan perbuatan keji itu..dan kini masih mengajar dan masih 'aktif'...

teringat masa di universiti dulu, beberapa kawan yang mengambil jurusan agama pada mulanya, kemudian mereka menukar ke jurusan yang lain dengan alasan kami tidak layak untuk menjadi 'ustaz'. bila aku tanya 'kenapa enta tukar jurusan? enta orang yang hebat, bahkan lagi hebat dari ana'. di jawab 'ana sebenarnya merokok, ana taknak rosakkan title ustaz kerana disebabkan ana'...begitulah kawan-kawan aku, kerana sanggup ingin menjaga kualiti ustaz-ustaz, di mengundur diri hanya kerana dia merokok...

persoalannya..apakah ciri-ciri ustaz yang berkualiti? moga suatu hari nanti, rakyat Malaysia mampu melahirkan ramai ustaz yang berkualiti...insyAllah..sama-sama kita doakan..

Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

nynyian oleh : HIJJAZ

HARI KELUARGA BPI

Assalamualaikum dan salam ceria semua,
baru2 ni 4-5 hb Julai 2009 telah diadakan satu program Hari Keluarga anjuran pihak BPI bertempat di Santubong Beach Resort. seramai lebih kurang 35 orang(dewasa) dan beberapa anak kecil comel telah menyertai program ini.

program bermula ari sabtu tengahari, dalam kul 1 tengahari kami berkumpul di tempat kejadian untuk sesi registration, pastu xtiviti bebas, aku memilih untuk bermain ping-pong bersama fuad dan faisal..lebih kurang k430ptg kami berkumpul ditepi pantai untuk menjalankan aktiviti sukaneka seperti yg telah dirancang...

macam2 aktiviti yg dilakukan, acara permulaan bagi kaum bapa iaitu bermain bola tampar pantai, huh memang best..kemudian..main bola sepak pantai..walaupun namany hari keluarga tapi kami mengasingkan antara muslimin dan muslimat kerana ada peserta teruna dan dara(minoriti)..so beter diasingkan..manakala kaum ibu menguruskan aktiviti bagi kanak2..tiup belon, cari gula2 dalam tepung dan macam2lagi..

acara makan malam bermula jam 730, memang byk makanan yg disediakan tapi yg sedapnya ialah daging kambing panggang dengan sos pudina(bagi aku memg sedap)..dalam acara makan malam terselit program music chair untuk kanak2 dan pertandingan bayi comel, em comel sungguh bayi2 tu suma..

pas makan aku main polo(ala2 snoker) bersama ngan sahabat2 disini, sekadar mencuba dan 'test power'. Alhamdulillah ada menang dan ada kalah..

pagi ahad, usai solat subuh, akau membersihkan diri dan terus ke kaunter AJK bagi menyiapkan beberapa perkaran yang perlu disiapakan..sebelum sarapan k730am aku sempat lagi bermain polo ditemani Fakhrul..selepas makan..kami semua menuju ke tepi pantai untuk meneruskan acara kemuncak iaitu tarik tali bagi kaum bapa..hu3..semangat sungguh mereka tarik tali..

selapas abis xtiviti tepi pantai, masing2 mem'basah'kan diri dikolam renang sambil bermain bola tampar dalam kolam,he3...lebih kurang 2 jam berendam dalam kolam, aku naik ke bilik untuk bersiap2.. lebih kurang k1 tghari, dah ramai yg mula pulang ke rumah...tamatla cerita aku pasal ari keluarga ni..

p/s: teringat aku akan HARI KELUARGA COMRADE, lebih meriah dan menceriakan..kenangan yg xkan aku lupakan..

: gambar hari keluarga BPI-JPA akan menyusul kemudian..