Kehadirannya membuatkan semua pelajar bagaikan di medan pertempuran. Segala bekalan makanan disiapkan. Senjata-senjata mula dikeluarkan. Pelbagai strategi disusun bagi menghadapinya. Corak kehidupan mula berubah. Semuanya diatur dan dicatur sebaik mungkin. Pelbagai andaian terhadap yang bakal datang itu dilatih bertubi-tubi. Bilik-bilik sarjan, komander dan ketua-ketua perang dipenuhi prebet yang masih merintih peluru berbaki. Begitulah suasuana diambang peperiksaan akhir semester.

Aku kongsikan di sini sedutan kisah “sebelum dan selepas” bagi seorang pelajar….
SEBELUM…………..

Indahnya saat mata terpejam dibelai bayu kipas dalam cengkaman selimut baldu buatan Thailand…..
SELEPAS………..
Bila musim exam…selimut baldu pon dah x nampak nikmat..huhu
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
SEBELUM………
Meja study menjadi penonton setia perlawanan bola sepak (PES 2009)
SELEPAS……………
Tiada lagi sorak kemenangan perlawanan……
Tiada lagi ruang untuk bermain permainan kesukaan.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
SEBELUM……………
Kartun menjadi penghibur dikala kelapangan
Begitu asyiknya saat itu
SELEPAS………….
Berehat sebentar
Tiada lagi masa untuknya
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
AMALKAN………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Begitulah sedikit cebisan kisah “sebelum dan selepas”……. Sempena menyambut minggu-minggu peperiksaan ni aku memohon ribuan kemaafan dan kepada semua yang mengenali MohdShazni doakan lah aku supaya dapat tunang ketenangan untuk jawab soalan. Akhir kata selamat menghadapi peperiksaan buat semua pelajar UIAM. Senyumlah jika anda tidak dapat menjawab pada kertas soalan hari ini kerana anda masih diberi peluang untuk bersedia pada soalan yang bakal ditanya oleh Malaikat suatu hari nanti……..
SELAMAT….SELAMAT….SELAMAT….

Andai Mayat Dapat Berkata-kata

Andai Mayat Berkata-kata
Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat.Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku ditempatkan di sini.
Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. “Mengucap sayang….mengucap…….. Asyhaduallailahaillallah………” Ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu.
Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

“Bagaimana dengan keadaannya doktor?” Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. “Tenat”, jawab doktor dengan ringkas. “Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha.”

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah….. Tapi mataku…….semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.
“Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah.” Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

“Tekanan darahnya amat rendah”. sayup sayap kedengaran suara doktor.!
Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi,ibu…..aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkanlah daku. “Yassin……”.bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut…… Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. “Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut”.
Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah.! Keluhan dan rintihan “Panas, dahaga,haus, panas……..”.tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang, “Nenek………..”. “Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini”.

“Ibu……”. Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.” Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.”

“Ayah…….kau datang ayah…….” “Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga”.

“Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah……”. Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. “Mari ikut kami”. manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya “Mari ikut kami”. Cahaya putih datang.

Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. “Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut…….!!!!!!”.

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. “Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah…….” Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun….

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.

“Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya……”.

“Assalamualaikum……”“Siapa yang memberi salam itu?”“Aku”“Kau siapa wahai pemuda???”
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya…… jijik, loya, aku rasa……..teramat loyamelihatnya.

“Kau tak kenal aku?”“Tidak,” jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini.“Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari.”“Bohong!” Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad inimendengarnya. “Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini.”“Akulah amalanmu yang keji……….”

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi.
Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh..Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba- tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? “Tolong….sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. “Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!”

Kenapa ramai orang melihat aku??? “Aku malu…..malu…..malu……!!!!!!”. Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu. “Nanti, tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong… rimas…. panas……..”

Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. “Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan”.

Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku’, sujud dan tahiyyat.

Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. “Kotak apa ini?” Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak. “Al-Fatihah!” Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi ke mana dibawanya aku?..

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. “Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!”. Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan aku diturunkan ke dalam liang itu. “Perlahan-lahan”, aku terdengar suara tok imam memberitahu. “Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!”

Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. “Tanah apa ini?” “Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah”. “Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…….Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali”.
Kedengaran bacaan talkin dari to k imam. “Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga benar……..”.

Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan ….aku kini keseorangan…….

p/s: insaflah diri..sebelum trlambat bertaubatlah sbnr2 taubat sblm kita menangis di dlm kubur keseorangan menahan kesakitan azabnya disiksa…naudzuBiLLAH…

source : www.halaqah.net (refa)

Lebah yang Hebat

Ada satu ibarat : jadilah seperti lebah, hinggap di pohon tidak merosakkan rantingnya malah meninggalkan madu menjadi ubat yang manisrasanya. Si comel ini hidup berpindah randah dalam satu koloni danmempunyai semangat kerjasama antara satu dengan yang lain.Sememangnya Allah sudah memerintahkan lebah untuk hidup di kawasan habitatnya yang tersendiri sebagaimana yang disebutkan dalam Surah an Nahl (Lebah) yangbererti :

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:"Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-gunung dan pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhan mu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungipenawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya padayang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan ALLah) bagiorang-orang yang mahu berfikir" (Surah an Nahl : Ayat 68-69)

Jasa lebah kepada manusia
Peranan besarnya antaranya adalah sebagai penghisap madu bunga yang memberikan penawar kepada pelbagai penyakit dan yang lebih penting dari itu adalah sebagai agen pendebungaan tanaman. Tahukah anda ?, kehilanganlebah akan menyebabkan kita kehilangan sumber madu dan juga boleh menyebabkan manusia menghadapi krisis makanan. Kerana jika tiada proses pendebungaan maka tumbuh-tumbuhan tidak dapat mengeluarkan buah dan juga hasilnya. Terdapat 40,000 spesis lebah yang dikenal pasti sebagai agen pendebungaan yang berjaya dan hampir 60 peratus tanaman buah- buahan dan sayuran bergantung kepada agen pendebungaan ini.

Hebatnya Kuasa Allah
Allah menjadikan lebah untuk menghasilkan madu 454 gram yang memerlukan sang lebah ini terbang sejauh 880,000 kilometer dan menghisap madu hampir 2juta pelbagai bunga.

Kematian lebah yang menjadi misteri kepada para saintis boleh menimbulkan kesan besar kepada krisis makanan dan harga makanan. Inilah antara hikmah yang besar kepada manusia dari penciptaan lebah. Semoga kita selalu bersyukur dan jauh dari kekufuran.

Sumber Rujukan : Wan Azlina binti Wan Ahmad, Milenia Muslim, 'Dunia Tanpa Lebah Mengancam Manusia', m/s 24-25, April 2009.

perjuangan masih belum selesai

salam
selagi mana kita bergelar manusia dan pastinya kita bukan Nabi dan Rasul, kita pasti tidak akn dapat lari kesilapan dan dosa kerana kita tidak bersifat maksum. tidak kira siapa kita, ustaz ke, tok imam ke, khatib ke..kita mesti tidak dapat tidak mesti akan melakukan kesilapan..(muqaddimah)

cerita 1
minggu lepas, aku dikejutkan dengan berita yang amat menyayat hati..seorang sahabat perjuangn, akhi Syukri atau lebih dikenali sebagai bayyi telah kembali ke rahmatullah. teringat semasa arwah masih hidup, walaupun aku tidak rapat sangat dengan dia, namun perjuangn kami masih bermotifkan dengan motif yang sama. Jadi kami banyak juga berbincang dan bermusyawarah bersama. Paling menarik, arwah seorang yang ceria dan menegur dengan berhikmah, tegurannya menusuk ke jiwa sampai kini.Kenangn di masjid Shah Alam pasti tidak aku lupakan..Al-Fatihah..

cerita 2
Utamakan pandangn Allah SWT daripada pandangan manusia..Nabi SAW pernah berpesan supaya menjaga lidah baik2 kerana lidah salah satu punca penyakit. aku kadang2 hairan kerana ada dikalangan ustaz2 n uztazah2 kita yang masih tidak tahu menegur dengan berhikmah..kadang2 menegur tanpa mengkaji disebalik peristiwa. dakwah bil hal..itulah yang sebaik2nya tapi mengapa ramai ustaz dan ustazah masih tidak mengerti tentang ni..Allahuakbar..moga minda ustaz n ustazah kita akan lebih terbuka kerana cabaran akan semakin hebat dan mereka perlu lebih bersedia...think before u do something..dont judge people by looking their face but looking their heart..Allah tidak akan melihat rupa paras kamu tetapi Allah SWT melihat apa yg kamu lakuakn dan hati-hati kamu..biar kita hina disisi manusia asalkan kita mulia disisi ALLAH SWT..

cerita 3
antara destinasi yang akan aku pergi setiap tahun ialah Pesta Buku Antarabangsa yang dilangsungkan di PWTC tetapi pada tahun ini aku terkilan sgt2 kerana tidak dapat pergi, huhuhu..bukan kau taknak pergi tapi kerana faktor masa dan kewangan menjadi halangan..aku skrg mengajar di KUching, Sarawak, jadi memang tak dapat pergi pada tahun ini..walaubagaimanapun hati terubat sedikit bila mendapat info pasal buku2 baru dari sahabat2 yang pergi ke situ.moga aku dapat pergi ke pesta Buku pada tahun depan, InsyAllah..membaca jambatan ilmu..ayat pertama yang diturunkan juga menyuruh kita membaca, jadi apa tunggu lagi, ayuh kita membudayakan sifat membaca tidak kira tempat dan masa..IQRA'!!

perjuangn masih belum selesai
walau ada yang syahid di tengah2 perjuangn
perjuangn masih belum selesai
andai ramai yg masih belum tahu untk berdakwah dengan berhikmah
andai mereka masih menyalahkan orang lain tanpa mengkaji asal usul sesuatu peristiwa
andai hanya tahu menyalahkan org lain, tanpa mengenali org yang disalahkan itu
anadai hanya tahu menegur, tanpa mengamalkan apa yang diperkata
perjuangan masih belum selesai
andai beramal tanpa berilmu
andai tidak membudayakan sifat membaca
Bukankah wahyu pertama itu..
menyuruh kita MEMBACA
Salam..bertemu kembali..moga kita sentiasa di bawah rahmat-Nya..
kali ni aku nak berkongsi tentang sebuah cerpen..aku xpasti siapa penulisnya tapi cerita ni memang menarik untuk dikongsi bersama..moga penulis cerpen ini akan mendapat ganjaran atas usaha dia dalam menghasilkan penulisan yang baik..aku minta "halal" pada penulis cerpen ni..selamat membaca

ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI”

Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zamankolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannyadicampakkannya ke tepi jalan.
“Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman.”Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.“Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik,” kata budak kecilberpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabutengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajahpembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullettrain meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka…Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.“Hoi budak, Aku dimana sekarang ?” soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampuajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab.Belum sempat,tiba- tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yanghebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.“Assalamualaikum. …Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidakberlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman….Pakcik
” Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa gaji yang kamu dapatsebulan ? ” tanyanya angkuh.“Pakcik,
Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu.Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dansegak. Daripada jenama yang mahal pula - Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.“Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. ““Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak adaorang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darulTaqwa.” Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. “Di mana aku sebenarnya ni?” Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa danbudak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan danMasjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.“Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini.”Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah?Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.

“Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah.Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat…”Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepadaseorang pegawai penguatkuasa.“Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelumsaya di hukum di Akhirat!” rayu lelaki itu.Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuathati.

Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas …Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya.Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :
kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandangsebagai alat, bukan matlamat,“ kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. “Oh, oh …. maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaianmacam itu ?” Tanya pegawai itu pula.didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali.”Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewanbandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ?

“Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni.Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!”Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.“Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki.” “Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan.”Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yangmenegurnya. “Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak sukapemisahan-pemisahan macam ni!”.Lelaki itu tersenyum. “Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahanfikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telahmenaikkan taraf wanita tanpa Women’s Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana adatempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,” terangnya.

Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.“Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipuntak macam ni…”“Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesatdalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu… Subhanallah. …”Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkankepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. “Nasi beriani sepinggan !”ujarnya kepada pelayan.“Dalam pinggan, tuan?” tanya pelayan itu kehairanan.“Ya ! Apa peliknya?”, “Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?” tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidanitebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku adapendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.

“Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki,” kata pelayan itu dengan sopan.Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali.Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.” Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, “ ujar seorang lelaki mudadengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja“Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?” tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati.Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. “Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit …malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana ” Keluhnya .”Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini.Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.Oh…! keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi .”Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapatkita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk sayadaripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikankementerian- kementeriannya. … saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat,” kata pemuda itu menutup perbualan.

Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.Datuk Dr.Johar makin pelik. “Tambah nasi sepinggan lagi!” ujarnya kepada pelayan restoran.“Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan … berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Sayapelayan kedai merangkap pegawai perubatan ….,” kata pelayan itu lagi.“Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas dihospital, bukan di restoran!” bentaknya. Marah campur geram.“Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yangcedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat,insya-Allah. Kita tak perlu hospital!�“Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?” leternya perlahan-lahan.“Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dahtak ada siapa menghidapnya. ….”“Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang …Di mana boleh saya dapati ?”tanyanya.“Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan.Tak payah risau pasal bil. Percuma.�

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama PierreCardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya?Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudianmenyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI , MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANGTIBA-TIBA Oh…Oh … seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: RAJA’ . kemudian tersembultajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti… FIRDAUSI MELAMBAIMU , DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA , KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI .. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? “Tak ada lagu yang hot sikit ke?” tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.“Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang…”“Ya, ya saya setuju,” balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingindengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.Ayat suci Al-Quran a… “Eh …ni suara orang mengaji,”
“Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya,” kata pemuda berjubah cokat itu sambilmatanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema…. Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujungmengutip sayang di hamparan cinta suci.Inilah getaran hatiku memburu cinta…….stanza hati merindu Ilahi!”Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.“Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah …”Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata ” Saya bayar dengan kad kredit saja!” Dia hulurkan kad kredit warnakeemasannya.“Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah.”“Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nantidisambar pencuri.”” Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum dihadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka.”“Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya,” pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu.Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.

Pemandu bullet train berserban merah tersenyumkepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan ‘MAKRUFAT AIR TRANSPORT’ sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegakpapan iklan dengan tulisan yang jelas :” KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH
”. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah danberpurdah.Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua itu seolah-olah menyindir danmengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit.Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.
“Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !”Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.“Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? “tanya Datuk Dr. Johar.“Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya. ..” “Habis, mereka mahu apa?”“Mereka mahu Islam, Datuk!”“Islam ? ” keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.

Kembali dalam kesibukan

Salam
dah lama tak menulis dalam blog ni..sebabnya di hambat dengan kesibukan dunia. moga-moga kesibukan ini mendapat penilaian-Nya seterusnya membawa kpd ganjaran pahala hendaknya..
baru-baru ini aku meminta semua pelajar2ku menghantar tugasan masing2..so 2 3 mgu ini aku bizi dengan menanda tugasan mereka..macam2 yang mereka tulis..bila baca tugasan mereka..kadang2 rasa nak marah, kadang2 rasa lucu..tapi walau ape pun yg mereka tulis, aku tetap baca dan cuba memberi penilaian sebaik mungkin..

oleh sebab aku memang minat nasyid.maka di bawah ini aku sertakan satu lirik nasyid nyanyian kumpulan UNIC bertajuk "DiAntara 2 Kasih"..mungkin lagu ni sesuai dengan keadaan aku skrg ini

ANTARA DUA KASIH – UNIC

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai
Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih
Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanyaDi antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya
Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya
Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara
Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

selamat menyanyi..